Pages

Monday, May 18, 2009

Babi atau Aurat

Sebelum ini saya pernah melontarkan satu persoalan yang saya sendiri pernah dipersoalkan dengan soalan tersebut;

"Yang manakah lebih teruk? Makan babi atau dedah aurat?"


Saya bukanlah seorang ustaz, dan bukanlah juga seorang yang belajar (di peringkat ijazah) di dalam bidang deeniyah secara khusus, tetapi apa yang cuba saya sampaikan adalah pandangan dari seorang ustaz yang saya hormati. Mudah-mudahan maklumat ini dapat dimanfaatkan secara bersama.

Kita tengok dulu apa kata orang lain terhadap isu ini:

Ada orang yang kata makan babi lagi teruk, macam kenyataan di bawah:
makan babi lagi teruk... seorang yang mendedahkan aurahnyer... hmm... dosa diampunkan kalo dia bertaubat nasuha (sungguh2)... so... dosa or saham yg dia buat orang laen dapat dosa or buat dosa lain (contohnyer zina dsbg...) insyaAllah diampun Allah yg Maha Pengampun (Al-Ghafur)... kalau makan babi... walaupun seseorang itu dah bertaubat nasuha (sekali lagi...sungguh2), dia tetap menerima kesannya akibat perbuatan dosanya (makan babi tu lah)... sebabnyer makanan haram efek pd amalan akan datang dan anak yang dilahirkan... setiap daging yang tumbuh dari hasil yg haram (Quran ni... which chapter... err..)
Ada orang kata dedah aurat lagi teruk, macam:
mana lagi teruk..mkn babi ke dedah aurat? bagi ana kita kna tgk dia punya kesan. dedah aurat buleh mnyebabkan berlakunya kes rogol, penzinaan..xkira lah zina mata ke hati ke.. makan babi ni xde kesan berat sgt.. yang antum perlu tahu ia haram dimakan dan harus ketika darurat.. pikir2kan...kalu ada salah tu pbetulkanlah.
Tapi ada jugak orang yang dah pening, dan ada orang yang lagi pening sampai dia nak tukar tajuk. Takpe. Kita tengok masing-masing punya hujjah.

Sebelum menjawab persoalan yang ditimbulkan, seorang sahabat saya pernah menimbulkan tanda tanya kepada kami. Dia telah mengeluarkan satu persoalan: "Siapakah yang dikatakan sebagai ulul al-Bab?" Fikir punya fikir akhirnya kami mencapai kebuntuan, dan si penanya soalan pula bersikap baik hati pada malam tersebut untuk memberikan jawapan dengan mudahnya. Lalu dia berkata: "Cuba korang tengok kepada ayat [39:18] - Iaitu orang yang telah mendengar kata-kata lalu dia memilih yang terbaik. Itulah dia orang yang ulul albab, memilih yang terbaik, tapi selepas dia dengar semuanya".

Masalah Pemikiran

Saya melihat (baca: membaca) ada orang yang pandai memberikan penerangan dan pada masa yang sama dia memberikan hujjah terhadap apa yang dilontarkannya. Walaupun demikian, wujud juga orang yang hanya tahu memberi jawapan tanpa diiringi dengan sebarang hujjah.

Kita mengetahui bahawa sekiranya kita mengatakan sesuatu maka ia hendaklah diiringi dengan sebab dan hujjah mengapa ia (pandangan tersebut) ditegakkan, terutamanya di dalam Islam. Kalau tidak, Islam pasti akan menjadi deen sangkaan semata-mata aygn penuh dengan lagenda dan myth (saya tak tahu perkataan ini dalam BM apa).

Sedangkan di sana, Allah pernah mengutuk orang-orang jahliyyah yang terdahulu kerena mereka banyak melakukan upacara dan amal di atas sangkaan mereka. Mereka menamakan para malaikat dengan nama-nama perempuan padahal tidak datang satu ilmu yang haq pun kepada mereka. Tidak lain dan tidak bukan, amal mereka adalah amal yang sia-sia dan di hari akhirat mereka adalah orang-orang yang rugi.

"Dan mereka tidak mempunyai ilmu tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti dugaan, dan sesungguhnya dugaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran"
(an-Najm, 53:28)

Masalah Yang Sebenar

Kalau kita memerhatikan masyarakat di Malaysia, dalam hal deen, mereka lebih gemar menyelesaikan masalah mereka sahaja. Sebagai contoh, jika kita pergi bermusafir kebanyakan dari musafir akan solat bersendirian padahal boleh sahaja mereka solat berjamaah. Tapi contoh ini mungkin kurang sikit relevennya. Mungkin kita boleh mencari contoh-contoh yang lain?

Manakah yang lebih teruk? Makan babi atau dedah aurat? Kalau kita ingin menambahkan "spice" di dalam isu ini kita utarakan satu persoalan yang lebih ganas; "Manakah yang lebih teruk; Pendakwah yang makan babi atau yang dedah aurat?" Dan boleh sahaja kita mengeluarkan persoalan-persoalan lain yang lebih hangat untuk dibincangkan dan diselesaikan masalahnya, tetapi adakah menjawab persoalan itu yang utama?

Sudah tentu jika mencari jawapan kepada persoalan ini, pasti soalan ini sahaja yang akan terjawab. Tetapi masalahnya, kita bukan ingin menyelesaikan masalah ini sahaja... Bahkan kita ingin agar tertanamnya di dalam pemikiran satu kaedah berfikir yang benar yang melihat dari skop yang lebih besar, dan yang akan menjadi bekalan untuk masalah-masalah lain yang mendatang. Bukanlah sekadar berkisar di sekitar jawapan yang diberikan sahaja.

Mengapa babi nampak teruk?

Kita andaikan ada pendakwah yang makan babi, dan dibandingkan dengan pendakwah yang dedah aurat... Kita pasti akan rasa lebih jijik kepada orang yang makan babi. Kata kita, "Babi ini satu binatang yang kotor lagi jijik. Dia suka main-main dalam lecak yang sangat kotor". Tambahan pula, sejak dari kecil kita telah dididik untuk menjijikkan babi. Setiap kali kita tertengok babi sahaja, mak kata; "Eeee... Jijik. Binatang kotor. Jangan dekat. Jangan sentuh!"

Maka lama-kelamaan kita pun menjadi sangat-sangat jijik kepada babi, melihat babi pun seolah-olah macam dah haram, apatah lagi jika memakannya. Tapi kalau makan memang Allah sudah menyebut keharamannya.

Aurat macamana?

Dalam soal aurat, kita telah banyak didedahkan dengan bahan-bahan yang banyak mendedahkannya. Buka sahaja surat khabar, muka surat yang kedua sudah pasti akan ada wanita separuh b***l terpampang sebesar-besar muka surat. Itupun cukup baik, berbanding yang memang memaparkan gambar tersebut pada muka surat hadapan. Baru surat khabar.

Kita jalan-jalan di shopping complex, seperti Jusco dan sebagainya, pasti akan kelihatan wanita-wanita dan juga lelaki yang tidak cukup benang. Buka televisyen makin menjadi-jadi. Nasib baik buka radio, radio tiada paparan yang boleh menunjukkan apa yang tak patut ditunjukkan.

Dalam keadaan ini, dari sesuatu yang sudah jelas keharamannya oleh Allah SWT, ia menjadi sesuatu yang rutin dalam hidup untuk dilihat. Dari hanya melihat kepada beramal pula. Akhirnya ia menjadi satu wabak yang tidak dapat dibendung. Tetapi permulaan kepada membiasakan diri menyebabkan ramai dair kita menjadi lali kepada soal aurat. Semua ini adalah di dalam agenda peperangan pemikiran kaum kuffar terhadap ummah. Saya telah menghuraikannya dalam post yang lalu.

Jadi yang mana lagi teruk?

Satu hal yang kita kena ambil kira ialah, Islam sentiasa mengambil berat hal atau maslahah umum berbanding maslahah peribadi. Dalam konteks ini, kita mengetahui bahawa kedua-dua ini adalah perkara yang haram. Cumanya, satu kita rasa jijik dan lagi satu... er, tanya diri sendiri. Adakah perasaan melihat aurat dan mendedahkannya akan melahirkan rasa jijik yang lebih teruk atau tak?

Jika kita melihat kepada kesan yang dibawa oleh kedua-dua masalah ini, dedah aurat boleh membawa kepada wabak masyarakat sedangkan memakan babi kesannya hanya pada diri sendiri. Dedah aurat boleh memyebabkan masalah seperti sumbang mahram, seks, merogol, mencabul dan lain-lain, sedangkan memakan babi hanya membawa kepada masalah kesihatan yang teruk.

Dari segi rukhsah pula, dalam hal mendedahkan aurat, ianya hanya boleh dalam keadaan tertentu. Tetapi keadaan tertentu itu pun dalam keadaan yang sangat terkawal sehingga wabak gejela sosial tidak mungkin bermula dari rukhsah tersebut. Manakala memakan babi dibolehkan apabila wujud sebab rukhsah; dalam keadaan terpaksa (yang tidak ada makanan lain melainkan babi). Jika dalam terpaksa kita terpaksa memakan babi sekadarnya, dan yang sekadarnya itu tumbuh menjadi daging kita yang sekadar, adakah yang sekadar ini boleh membawa kepada masalah keberkatan zuriat pada masa-masa akan datang (seperti yang pernah dikomen dalam post sebelumnya)? Bukan zalim macam begitu?

Ar-Rasul SAW pernah menyebut bahawa setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, dan ibu bapalah yang membentuk dia menjadi samada Yahudi, Nasrani atau Islam. Ya, sememangnya ada proportion kesan daging yang haram terhadap iman keturunan, tetapi suasana dan kesan yang timbul disebabkan mendedahkan aurat lagi besar. Kerana ia adalah satu wabak yang hidup di dalam masyarakat dan suasana itulah yang akan membentuk seseorang individu atau generasi.

Cuba bayangkan kalau mak bapak tersebut memakan babi, tetapi sampai suatu ketika mereka berhenti (dan bertaubat). Selepas itu sahaja mereka dikurniakan seorang anak dan anak tersebut dibesarkan dalam suasana Islami, tanpa dia mengetahui mak bapaknya pernah memakan babi... Adakah dia akan menjadi orang yang rosak atau soleh?

Dan cuba bayangkan pula, mak bapak yang tak jaga soal aurat. Dalam keadaan tersebut mereka dikurniakan seorang anak, dan anak tersebut membesar dalam suasana itu... Adakah dia akan menjadi seorang yang soleh atau rosak?

Bandingkanlah di antara keduanya...

Kesimpulan

Saya bukanlah ingin menghalalkan memakan babi, apatah lagi perbuatan mendedahkan aurat. Tetapi saya ingin membawa para pembaca sekalian kepada memikirkan sesuatu dengan cara pemikiran yang betul. Kadangkala bukan jawapan yang kita cari, tetapi jalan untuk sampai kepada jawapan tersebutlah jawapannya. Dan kadangkala kita terlalu sibuk untuk menjawab persoalan-persoalan yang timbul sehingga kita lupa kepada tujuan utama soalan tersebut dipersoalkan.

WaLlahu a'lam!

nota: Apa-apa hal pun, untuk mendapatkan feel yang lebih bolehlah rujuk Fiqh Awlawiyat oleh as-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.

16 comments:

ibnu yazid said...

salam..

Perlukah semua perkara itu dikemukakan dalil-dalil qat'i dari al-Quran dan as-Sunnah? Bukankah Imam Ahmad pernah mengemukakan dalil logik akal untuk menjawab persoalan orang Atheis?

Bagi ana, tidak semua perkara memerlukan hujah dalil-dalil. Tapi kita bukan bersangka. Ana cuma bersetuju jika hujah yang dimaksudkan adalah untuk menjawab persoalan yang memang memerlukan dalil-dalil yang qat'i. Tapi untuk perkara-perkara yang zhonni dan khilaf, masih wujud ruang untuk qias, ijma' dan lain-lain.

Maaf jika ana tidak memahami persoalan yang anta cuba kemukakan. Ikhwah-ikhwah perlu "berlempang dada". Haha...

Mashizaki Keikan said...

weih, akhi weih...

maksud ana bukan seperti yang enta paham ya akhi...

maksud ana, setiap kata-kata perlu datang dari hujjah. Perlu ada reason di sebalik apa yang dikatakan. Takdaklah nanti bagi pandangan, tapi pandangan tersebut hanya didasari sangkaan atau rasa-rasa sahaja. Kalau kami pelajar engineering, memang dilatih untuk memberikan jawapan dengan reason. Kalau tak bagi reason je, konfem kena tegur.

Ok pali?

ibnu yazid said...

alhamdulillah, sekarang ana semakin faham maksud anta. walaupun sebenarnya agak sukar nak memahami maksud anta kerana begitu abstrak tetapi bila kita berbincang dalam suasana ukhwah dan dalam kerangka mencari kebenaran, kita lebih memahami.

p/s1 skema x bhs ana? hahaha...

p/s2 sharing is caring

p/s3 "ketika aku berdebat, aku berharap agar hanya kebenaran yang keluar dari mulutnya" - Imam Syafie

Mashizaki Keikan said...

Abstrak? Ana rasa ayat ana macam dah mudah dah... Tulis artikel ni pun sambil dok santai-santai...

HO said...

[39:18] - "Iaitu orang yang telah mendengar kata-kata lalu dia memilih yang terbaik. Itulah dia orang yang ulul albab, memilih yang terbaik, tapi selepas dia dengar semuanya".jzkk~

Mashizaki Keikan said...

wa-iyyak!

Unknown said...

betulbetulbetul.

Anonymous said...

post yang bagus...memberi jalan untuk mendapatkan jawapan, bukan hanya memberi jawapan secara terus, tapi menggalakkan lagi pembaca untuk berfikir, which is good...

ana rasa kalau nta tulis sempoy macam ni lebih terkesan dah memberi kefahaman yang lebih kpd pembaca...

tapi bukanlah nak kata setiap masa kita kena sempoy kan...ada masa kena serius, ada masa kena santai...sebab kita tak tahu pengunjung yg datang...kerana kefahaman mereka semestinya berbeza2..

Mashizaki Keikan said...

Tulisan ni menjadi santai sebab tulis dalam keadaan santai...

Tapi, macam best jugak. Cumanya kesantaian tak sampai tahap merosakkan bahasa atau sampai tahap kerosakan tatabahasa tinggi sangat.

-Sesetengah orang bila ada keyboard tulis macam tulis SMS, mungkin keyboard tak cukup buttons kot??-

Anonymous said...

Contoh situasi lain:
kalau org tutup aurat, mkn di kedai cina, mesti org akan anggap kedai itu halal...sedangkan dia makan babi...tetapi disebabkan dia menutup aurat, orang di sekeliling husnuzzon pada dia...

sedang kalau org tak tutup aurat, makan kedai Cina, mesti orang sekeliling anggap dia makan di kedai tak halal...walaupun sebenarnya dia tak makan babi pun...tapi orang akan mudah su'uzzon pada orang yang tak tutup aurat ni...no wonderlah dia makan kedai tak halal,tengok la baju dia...blablabla

bukanlah nak kata org tutup aurat boleh makan kedai cina n makan babi, tapi dari segi persepsi, orang yang menutup aurat akan dipandang baik oleh masyarakat sekeliling...

contoh situasi sahaja...

zubayrafiq said...

Dalam sesetengah konteks, mengelakkan fitnah itu perlu...

Mashizaki Keikan said...

to
Zubayr Afiq:
Ok, apa kaitan?

zubayrafiq said...

kaitkan dgn situasi anonymous...

Mashizaki Keikan said...

dalam sesetengah keadaan je ke? ana rasa setiap masa kena elak fitnah.

btw, fitnah is defined by ayat yang ada "wal-fitnatu akbaru minal qatl".

fitnah bukan tuduhan seperti yang kita biasa faham.

Ansari said...

ana kurang setuju dengan halatuju dan objektif post ini ditulis, kerana ia membandingkan dua perkara yang sudah nyata haramnya, dan ana rasa enta cuba untuk membandingkan degree kesan kepada transgression kpd pengharaman tersebut. Disebabkan kedua2 perkara adalah sesuatu yang berbeza, ana rasa connection antara kedua2nya agak samar2. Senang kata, kenapa hendak membandingkan makan babi (mgkn kah effect dari swine flu) dgn aurat?

Disbbkan kedua2nya mmg dah nyata haram, mgkn sukar nk dptkan manfaat dari segi amal. Ana rasa ramai yg sudah maklum ttg aurat, bagaimana ia harus dijaga, etc.

Cadangan ana, perbandingan alternatif yang boleh dikaitkan dengan babi;
Makan babi dan menyentuh perempuan ajnabi(yang dikatakan lebih teruk dari memegang babi)

Peace :)

Mashizaki Keikan said...

haa... you see ansari...

my main point wasn't actually the babi or aurat thing. but it is mainly the thinking.

masalah pemikiran adalah masalah utama yang ana nak bawak. kadang-kadang kita sibuk dok bincang yang mana satu lagi teruk, padahal kita terlupa kepada sesuatu yang lebih besar.

betapa ramai orang yang hanya dok pikir diri sendiri je dalam amalkan Islam sedangkan Islam adalah rahmat untuk keseluruhannya. Ana just nak tunjukkan bahawa betapa ramai yang hanya melihat masalah yang lebih besar sesuatu yang kurang impaknya kepada masyarakat. Lalu disibuk-sibukkannya dengan benda2 tu. Sedangkan sesuatu yang membawa mudharat yang lebih besar kepada masyarakat ditinggalkan.

TAk kisahlah contoh yang dibawa apa... Sama ada minum arak dengan makan babi atau dedah aurat dan apa-apa yang nak dibandingkan...

Anyway, yang haram tetap haram. Buat mana-mana tetap dapat dosa. Cuma nak tgk impak kepada masyarakat dan supaya orang meletakkan more usaha untuk ubah benda tersebut.

WaLlahu a'lam.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]