Pages

Wednesday, April 22, 2009

Love is nurtured...

Sebenarnya saya telah menulis artikel ini di dalam Bahasa Inggeris. Tetapi memandangkan sejak masuk ke universiti ini, kita sering dilatih untuk menulis technical report di dalam BI. Jadi disebabkan itu, BI saya dalam bentuk penulisan telah menjadi sedikit seperti penulisan laporan. Ia tidak lagi seperti dahulu ketika zaman sekolah, ayat-ayat BI yang power itu berada di hujung jari.

Apa-apa hal pun, jika anda membaca sahaja tajuk, anda mungkin akan menyangka ia ada kena-mengena dengan tajuk saya yang sebelum ini; BM. Tetapi sebenarnya, saya tak berhasrat untuk mempanjangkan perbicaraan dalam soal itu.

Marilah kita melihat kepada beberapa perkara yang mudah untuk dilakukan agar hati dan jiwa kita, dapat diisi dengan perasaan cinta kepada Allah. Kerana sesungguhnya Allah telah berkata:

"Dan dari kalangan manusia ada orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari qiyamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaanNya (nescaya mereka akan menyesal)."
(al-Baqarah, 2:165)

Bukankah kita orang-orang yang beriman?

Beberapa perkara tersebut telah saya dengar dalam sebuah ceramah yang disampaikan di Amerika oleh seorang syeikh, dalam proses membedah Madarij as-Salikin. Kesemuanya ada sepuluh:
  1. Membaca al-Qur'an. "...kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah..." (39:23). Ia umpama kita membaca surat-surat cinta dari sang kekasih. Bahkan al-Qur'an menjadi suatu petunjuk yang agung ke arah menggapai cintaNya yang hakiki. (10:57-58).
  2. Memperbanyakkan amalan nawafil (perkara-perkara sunat yang sangat-sangat digalakkan). "...Dan tidaklah hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan nawafil sehinggalah Aku mencintainya..." (Bukhari, Hadith 38 dari Hadith 40 an-Nawawi).
  3. Memperbanyakkan zikir kepada Allah. Kadangkala hati kita bermula dari kosong, tetapi apabila banyak disebut-sebut tentang seorang itu, hati kita menjadi cenderung kepadanya. Lagi-lagi sebutan-sebutan tersebut merupakan puji-pujian. Jika ini berlaku terhadap hamba-hamba Allah, apatah lagi perasaan kepada Allah SWT jika kita sering berzikir kepada Allah. Apalah salahnya kita mengucapkan tasbih, tahmid, dan takbir sebanyak 33 kali setiap kali selepas solat (hadith)? Bukankah ia hanya mengambil masa dua minit sahaja?
  4. Mencintai apa yang Allah suruh kita mencintai dan membenci apa yang Allah suruh kita benci. Dengan membuat hal ini, ia akan meluruskan hati dan membersihkannya dari keinginan-keinginan kepada kufr, fusuq, dan 'isyan. "tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan" (49:7).
  5. Mempelajari nama-nama Allah dan sentiasa merenung maksud setiap nama tersebut. "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga..." (Bukhari).
  6. Merendahkan diri serta hati kepada Allah SWT. "Dan hamba-hamba ar-Rahman adalah yang berjalan di atas muka bumi dengan penuh rendah diri..." (25:63).
  7. Memikirkan dan merenung nikmat-nikmat Allah ke atas kita. Kadangkala sambil berjalan, mungkin juga sambil duduk, dan dalam sesetengah keadaan sambil berbaring. "...dan sekiranya kamu menghitung nikmat-nikmat Allah (ke atasmu), nescaya kamu tidak akan mampu (kerana terlalu banyak)" (14:34).
  8. Berqiyamullayl. Untuk setiap cinta ada pengorbanannya, untuk setiap pengorbanan ada kemanisannya. Dan sesungguhnya, untuk setiap qiyamullayl pasti terasa kedekatan hubungan dengan Allah, kerana Dia lebih dekat kepada hambaNya pada dua pertiga malam. "Mereka bangun dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafqahkan apa-apa rezeki yang Kami berikan" (32:16).
  9. Berada bersama-sama dengan orang-orang yang mencintai Allah. Mudah-mudahan kita mendapat sekurang-kurangnya tempias cinta yang Allah curahkan buat hamba-hambaNya yang soleh tersebut. Seperti halnya seorang yang bergaul dengan penjual minyak wangi pasti akan mendapat sedikit baunya, sedang orang yang bersama-sama dengan tukang besi pasti akan mendapat percikan-percikan apinya (kisah dari hadith).
  10. Menjauhi segala perkara yang menghalang kita dari Allah SWT. Selalunya ia adalah perkara-perkara yang haram. Tetapi buat mereka yang biasa menjauhi perkara haram, hal-hal yang harus juga boleh menjadi halangan dari mengingati Allah SWT. Sebagai contoh, blogging sehingga tidak pergi solat berjamaah (astaghfiruLlah wana'uzubiLlah min zaalik).
Demikian beberapa perkara yang dapat menimbulkan bahkan membentuk (nurture) rasa cinta kepada Allah SWT. Ia adalah beberapa hal yang mudah, tetapi di dalam kemudahan tersebut betapa ramai yang masih lagi kegersangan dari kecintaan kepada Allah. Lalu mereka mencari cinta yang lain dengan melalui jalan yang batil. Tidak terlepas juga mereka kononnya berada di atas jalan da'wah. Moga cinta antum kepada Allah adalah cinta yang tulen, bukan hanya disebut-sebut semata-mata.

Apa-apa hal pun, kita sentiasa ingat:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah aku. Nescaya Allah akan mencintaimu dan Dia mengampunkan bagimu dosa-dosamu. Dan Allah adalah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Aali 'Imran, 3:31)

Pada akhirnya kita hanya perlu mengikut sunnah RasuluLlah SAW jika kita ingin mencintai Allah dan dicintaiNya.

Sudahkah anda mengikutinya?

13 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah...

Sesungguhnya ingin mencintaiNya lebih dari segala-galanya....bukan cita...tapi keperluan...


Cinta yang menjadi keperluan.....

Mashizaki Keikan said...

Sepatutnya, kita bukan hanya bercakap-cakap atau bernasyid atau "ber-ber" yang lain tentang cinta kepada Allah. Tetapi kita benar-benar menterjemahkan apa yang disebut, kepada bentuk amal yang benar-benar ikhlas yang membuktikan kebenaran cinta kepada Allah. Orang yang cinta kepada Allah melebihi segala sesuatu pasti akan berusaha dengan sedaya upaya untuk menegakkan deenNya yang mulia di atas muka bumi. Bukan sekadar bernasyid dan mengclaim bahawa itu adalah da'wah.

nadhrah suhaimi said...

hmm, agree with that
sometimes it seems to be easy to say and to advice people, but not easy to implement it

Anonymous said...

seronok rasa pabila dicintai..

AH said...

"Ia tidak lagi seperti dahulu ketika zaman sekolah, ayat-ayat BI yang power itu berada di hujung jari." (yela, ad org tu duduk kat UK smpai djh 5 kan2, sebab tu at the fingertips je..hehe)^_^

anyway, good points esp no 8...walau apa cara pun kita mesti cuba n perlu utk istiqamah!InshaAllah...

Mashizaki Keikan said...

Actually the writing english was developed kat Malaysia.

What best of amals apart from those done istiqamahly..?

AH said...

ma ma'na ur question tu ek? ana musykilah...boleh jelaskan lg?

Mashizaki Keikan said...

Soalan tu adalah:

"Apakah ada suatu amal yang lebih baik dari sesuatu yang dibuat dengan istiqamah?"

Jawapannya... Fikir² sendiri...

Norfazilah Samdin said...

cinta sesuatu yang dalam...

ana rasa ...dengan cinta kita sahajalah kita akan membuat sesuatu...

contohnya bila kita cintakan sahabat kita...kita akan selalu bg dia coklat...sbb dia suka coklat...

itu amal kita/perbuatan hasil dr cinta...

maknanya...xda cinta...xdela amal...

eh..ape ni?
harap faham....komen 10sen

Mashizaki Keikan said...

of course, apa yang kak lah cakap betul jugak... huraian tu betul jugak dengan apa yang nti cakap.

tapi bila seseorang tu dah tahu bahawa cinta kepada Allah dan Rasul tu adalah cinta yang paling tinggi, tapi dia tak rasa dalam hati dia perasaan tu... mungkin antara beberapa amalan yang dia boleh buat adalah seperti yang disebutkan di atas.

tetapi akhirnya, bila dia dah ada feel tu kat dalam diri... dia akan berterusan dan istiqamah di dalam amal. bahkan dia tak merasa puas setakat di situ, dia sentiasa berusaha untuk memperbaiki di mana ada kurang pada amalnya.

-jawapan 20sen-

Anonymous said...

owh begitu..

sepohonkayu said...

Kisah nabi Musa a.s., "Bagaimana aku dapat cinta Mu ya Allah? Kamu bawa manusia cinta kepada Ku, maka aku akan cinta kepada Mu..."

Bawalah manusia yg jauh daripada agama, dekat kepada agama...

Jangan kita jadi asbab manusia lari/ jauh daripada agama...

Kesimpulannya... dakwahlah (serulah) manusia untuk mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya...

************************************************

Mashizaki Keikan said...

...

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]