Pages

Monday, April 6, 2009

Telah datang kepadaMu..!

Wahai sekalian manusia! Telah datang kepadamu mau'idzah dari Tuhanmu, penawar apa yang ada di dada, huda, dan juga rahmah bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: Dengan kurniaan Allah dan rahmatnya, hendaklah dengan itu mereka bergembira (kerana) yang demikian itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.
(Yunus, 10:57-58)

Kisah 1

Gambar hiasan semata-mata.

Tatkala seorang anak ingin berkahwin dan masanya pun sudah hampir untuk dia berakad nikah, lalu bapanya yang berada berdekatan dengan si anak memanggilnya,
"Angah, maih sini. Abah nak pesan sesuatu untuk angah sebelum kahwin..."

Lalu si anak mendekati bapanya dengan penuh ketaatan akan permintaan si bapa tersebut,
"Ya, abah. Angah dengar ni..."

Si anak langsung meletakkan sepenuh perhatian kepada kata-kata yang bakal dikeluarkan dari seorang bapa yang telah melalui pengalaman dan mempunyai pengetahuan yang lebih dalam hal hidup berbaytul muslim. Dia cuba menyelami segala maksud yang cuba di sampaikan oleh si bapa agar dia memperoleh bekalan dan manfaat yang besar dalam perjalanan hidup baru yang bakal ditempuhinya.

Kisah 2

Seorang anak telah mendengar sebuah pesanan dari sang ibu yang juga merupakan seorang doktor pakar,
"Angah, mama nak ingatkan supaya jaga tubuh badan tu. Minum air banyak-banyak supaya air tersebut dapat meneutralkan banyak toksin dalam badan. Nanti boleh menjauhkan diri dari penyakit."

Si anak yang bukan langsung seorang ahli dalam perbutan lalu mengambil nasihat yang penuh dengan makna tersebut,
"Ok, mum!"

Bagaimana mungkin seorang anak yang bukan ahli dalam bidang perubatan boleh menolak nasihat doktor pakar dalam hal-hal kepakaran si ibu?

--

Ayat yang cantik di atas telah menggambarkan kepada kita betapa besarnya kurniaan yang Allah berikan kepada kita dari al-Qur'anul Karim. Betapa dengan ayatNya yang berbunyi, "...telah datang kepada kamu mau'idzah dari Tuhanmu..." telah benar-benar menyentuh hati seorang mu'min. Dia membenarkannya dengan perasaan dan ruh yang hadir di dalam jiwanya, dan juga di dalam tindakannya.

Kisah 1 menggambarkan mau'idzah dari seorang bapa, yang apabila dia ingin menasihat si anak, si anak tersebut langsung duduk dengan penuh perhatian untuk mengambil pengajaran dan bekalan. Yang demikian adalah perasaan yang ada pada nasihat seorang bapa, yang telah membesarkan anak-anaknya, memberikan nafkah lahir dan batin, mendidik dari kecil dan telah memberikan bermacam-macam bakti lagi terhadap si anak.

Jika perasan dan ruh yang hadir untuk memperhatikan nasihat si bapa adalah dengan sedemikian rupa, apatah lagi perasaan menerima mau'idzah dari Rabbnya yang Maha Mulia, Maha Mengasihi lagi Maha Latif. Seseorang mu'min yang hidup hatinya pasti akan benar-benar memperhatikan dengan penuh perhatian terhadap apa yang disampaikan di dalam al-Qur'an.

Lalu dengan itu, "gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya" (39:23)... Kegentaran dan ketakutan kepada Allah tersebut mengubati hatinya dari sebarang ketidak tulenan, dari sebarang penyakit yang bersarang di dadanya. Mungkin ada nifaq, mungkin ada syirik, mungkin ada hasad dan lain-lainnya. Tetapi ketakutan tersebut dengan cepatnya menyebabkan terkeluarnya segala penyakit yang ada di dada. Kegementaran itu dengan cepatnya disusuli pula oleh perasaan tenang yang meliputi hati mereka "kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah" (39:23).

Sesungguhnya, kesan yang mendalam dari al-Qur'an terhadap kehalusan jiwa seorang mu'min menyebabkan ianya menjadi huda petunjuk baginya. Dalam keadaan yang manusia sudah hilang hala tuju dan pedoman hidup, mereka bepegang kepada satu hakikat yang agung yang telah diturunkan oleh Allah. Ia menjadi hidayah yang membimbing mu'min tersebut ke arah cahaya kebenaran, sekaligus mengeluarkan dirinya dari kegelapan jahiliyyah. Tetapi ia hanya menjadi memberi petunjuk buat sesiapa yang Dia kehendaki, "yang demikian itu huda Allah, Dia memberikannya kepada siapa yang Dia kehendaki" (39:23).

Dari petunjuk yang agung ini, Allah telah melimpah-limpahkan "...rahmat buat orang-orang mu'min". Dari keadaan yang harus bersusah payah mencari-cari tujuan hidup, lalu bingung dan menjadi gila kerananya, Dia memberikan kasih-sayang dan rahmatNya, dengan memberikan tujuan hidup yang jelas kepada manusia. Ini tidak lain dan tidak bukan hanya semata-mata untuk menyelamatkan para hambaNya dari azab yang sangat pedih. Tetapi akhirnya hanya orang mu'min sahaja yang mengambil tujuan tersebut di dalam hidup mereka.

Ini adalah satu "...kurniaan Allah..." yang sangat besar kerana kurniaan tersebut merangkumi rahmat dan belas kasihanNya terhadap hamba-hamba yang beriman. Maka dengan itu, orang-orang mu'min bergembira, bergembira kerana mereka meyakini bahawa janji Allah adalah yang paling benar dari yang benar, "...dan siapakah yang lebih menjaga janji berbanding Allah?" (9:111). Dia meyakini bahawa petunjuk yang Allah berikan adalah "lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan".

Allah telah menjanjikan buat mereka syurga yang agung.

"Ya Allah, jadikanlah hati ini rindu kepada syurgaMu!
Ya Allah, jadikanlah hati ini rindu kepada keharuman wangiannya!"

Note: Kisah 1 dan 2 adalah rekaan semata-mata. Yang penting adalah huraian ayat dari surah Yunus, 10:57-58. Harap maklum. (^_^)v

7 comments:

AH said...

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (9:111)

AH said...

Ya ALLAH,
The most merciful n The All mighty,
We seek ur Guidence,
to help us to acquire,
Beneficial Knowledge,
Pure Wealth and Righteous Deeds.
As the righteousness leads to PARADISE with ur MERCY...Ameen~

In Allah We Trust!

Anonymous said...

ade berita tersirat ke?

Mashizaki Keikan said...

tak.

Mujahid Hasanuddin said...

ana baca kisah satu tu dah ANGAH dah..kisah benar la ni kot~

Mashizaki Keikan said...

eh, taklah...jangan buat-buat cerita... haha~

Mashizaki Keikan said...

cuba baca nota tu weih...

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]