Pages

Thursday, March 26, 2009

Ma'thurat

Saya seringkali mengulang-ulang tentang sebuah hadith yang sangat best. Best bukan disebabkan ianya semata-mata sebuah kata-kata, tetapi best kerana saya meyakini apa yang dikatakan oleh RasuluLlah SAW adalah benar dan kebenaran tersebut telah terbukti dengan berlakunya peristiwa-peristiwa pada hari ini.

RasuluLlah SAW telah bersabda:
Akan datang suatu masa nanti umat-umat lain akan datang mengerumun kamu seperti mana pelahap-pelahap yang lapar mengerumuni makanan.

Lalu sahabat bertanya:
Adakah kami pada ketikan itu sedikit?

RasuluLlah menjawab:
Bahkan pada ketika itu kamu banyak sekali! Akan tetapi kamu adalah seperti buih seperti buih di air bah. Allah akan mencabut dari dada musuh kamu kegerunan terhadapmu, dan Dia akan mencampakkan ke dalam hati kamu kelemahan (al-Wahnu).

Sahabat tersebut bertanya lagi:
Dan apakah dia kelemahan (al-Wahnu) tersebut wahai RasuluLlah?

RasuluLlah bersabda:
Cintakan dunia dan bencikan kematian (hubbud dunya wakaraahiyatul maut).

Di dalam hadith ini (hadith dari Abu Daud dan Ibnu Majah), antara perkara yang RasuluLlah gambarkan kepada kita ialah betapa kurangnya iman di dalam dada individu-individu muslim yang ada pada suatu masa yang akan datang dari zaman RasuluLlah. Kurangnya iman tersebut digambarkan dengan mengumpamakan individu-individu muslim seperti buih, mempunyai bentuk dan luaran tetapi tidak langsung mempunyai apa-apa nilai di dalamnya.

Lantaran kekosongan ini, kita harus mengisinya semula dengan keimanan kepada Allah SWT dan rukun-rukunnya yang lain. Mengisi dada dengan iman adalah satu kewajipan, dan kewajipan tersebut tidak boleh tidak pasti akan terisi dengan menghidupkan Qur'an dan Sunnah di dalam keseluruhan perilaku (akhlaq). As-Sunnah yang saya maksudkan di sini ialah doa-doa harian yang menjadi zaadun (bekalan) seharian kita. Sesuatu yang memperkuatkan hubungan ruhi kita dengan Allah SWT.

Sebenarnya di dalam masyarakat kita, ada kelompok-kelompok yang mengamalkan wirid-wirid yang diajarkan oleh Syeikh mereka, sebagai contohnya wirid Ahmadiyah yang pernah diamalkan oleh orang-orang al-Arqam. Ada juga di sesetengah negeri di Malaysia, wujudnya kumpulan-kumpulan tariqat yang mengajarkan wirid-wirid dan bacaan-bacaan yang (berdasarkan dakwaan mereka) dapat mendekatkan diri kepada Allah. Akan tetapi, saya tidak pasti dari mana mereka dapat wirid-wirid tersebut, dan disebabkan itu saya juga tidak pasti sama ada ianya bersumberkan hadith Nabawi. Saya memandang mulia orang-orang yang sentiasa mencari-cari jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya agar kamu memperoleh kejayaan
(al-Ma'idah, 5:35)

Akan tetapi di sana ada satu masalah yang besar, iaitu sekiranya seseorang berusaha mencari jalan mendekatkan diri dengan Allah lalu dia terjumpa dengan sekumpulan wirid yang dia tidak tahu asal-usulnya. Lalu wirid tersebut mempuyai susunan kata-kata yang bercampur-baur dengan konsep-konsep ajaran sesat. Pada akhirnya ini membawa orang-orang yang menginginkan kebaikan tersebut terjerumus ke dalam kancah kesesatan. Mereka menyangka mereka benar tetapi rupanya tidak. Begitulah bahayanya jika mengamalkan sesuatu yang tidak berasal dari sumber yang ma'thur.

Bagi saya, saya telah bertemu dan berjumpa dengan sebuah wirid yang telah disusun oleh seorang pakcik yang hebat, Imam Hasan al-Banna. Dengan taufiq dari Allah, beliau telah menyusun beberapa ayat al-Qur'an dan beberapa doa yang ma'thur dan dihimpunkan di dalam sebuah kitab ringkas bernama al-Ma'thurat. Beliau tidak menamakan himpunan ini sebagai ma'thurat tetapi orang-orang yang sesudahnya memanggil himpunan doa-doa tersebut sebagai ma'thurat.

Mengapa ia dinamakan sebagai ma'thurat? Tidak lain dan tidak bukan kerana isi kandungannya secara keseluruhannya adalah ma'thur dari RasuluLlah. Bagi setiap ayat dan doa yang dihimpunkan, ia mempunyai dalilnya yang tersendiri yang disandarkan kepada RasuluLlah.

Disebabkan itu, saya sangat suka untuk membaca ma'thurat berbanding dengan wirid-wirid lain yang saya jumpa. Jika anda juga ingin mencarinya, saya mencadangkan anda mencari sebuah buku: "Himpunan Risalah Hasan al-Banna" yang berwarna purple (di Malaysia). Di dalamnya ada dibawakan sekali dalil-dalil untuk doa-doa yang dimasukkan di dalam ma'thurat.

Apa-apapun, tujuan kita membaca wirid adalah sebagai sebahagian dari 'abudiyah kita kepada Allah. Jangan sampai kita terlalu banyak mempersoalkan dan bergaduh dalam hal ini, sehinggakan hilangnya ruh 'abudiyah tersebut. Mudah-mudahan dengan kita mengetaui dalil, ia menambahkan lagi keyakinan kita dalam beramal.

Kalau anda mengamalkan yang selain dari ma'thurat, maka buatlah apa yang anda yakini! Saya tetap dengan yang ini…

4 comments:

Anonymous said...

salamualaik..
nak tanya tentang pengikut al-arqam..mereka ni sesat ker x?

Mashizaki Keikan said...

er, kalau berdasarkan kajian yang ana buat... ana mendapati mereka sesat.

Kalau nak detail lagi kena bincang sikit lah kot.

Anonymous said...

hmmm..nak bincang mcm mane ye..
ana ada kwn yang ikut al-arqam ni..
cume ana nak tahu diorang ni salah kat mane..sebab , cara diorang solat same je...cume mcm sgt mengagungkan die punyer ketua je..

Mashizaki Keikan said...

kita bincang melalui YM... add ana: atqdin

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]