Pages

Tuesday, March 31, 2009

Baytul Muslim JIM

LATAR BELAKANG

JIM memandang dengan serious dan menyakini usaha yang bersungguh-sungguh amat perlu dilaksanakan dalam usaha membina baitul muslim/keluarga duat sebagai pemankin percapaian matlamat JIM melaksanakan syariat Islam di Malaysia khusus nya dan di dunia am nya. Penekanan JIM adalah penubuhan unit Bait Muslim melaksanakan amanah dan tanggongjawab berikut:

(1) Ibu Tunggal dan Wanita Bujang

Ibu tunggal dan wanita bujang adalah merupakan asset yang penting bagi wanita JIM khususnya dan JIM keseluruhannya. Kebajikan mereka dan perkembangan emosi mereka perlu diambil perhatian oleh semua supaya masa depan mereka akan lebih terjamin dan kehidupan mereka akan lebih terurus. Dan yang terbaik JIM berusaha dan berkemampuan menyatukan ibu tunggal dan wanita bujang ahli JIM ini dengan ikhwah-ikhwah JIM dalam ikatan perkahwinan dan keluargakeluarga duat ini akan terus hidup di jalan dawaah. Pembinaan baitul muslim/keluarga duat sebagai asas pembinaan masyarakat syariat compliant dalam membina negara yang melaksanakan syariat Islam.

(2) Anak-Anak Remaja

Di kalangan anak-anak remaja yang insaf pula, ramai yang memahami bahwa pergaulan bebas membawa banyak kemudaratan terhadap prestasi akhlak dan pendidikan mereka. Mereka juga melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat berpunca dari pergaulan bebas tanpa batasan. Oleh itu mereka amat berhati hati dalam ‘social circle’. Mereka tidak mempunyai pergaulan yang luas dan bebas dikalangan mereka yang berlainan jantina. Kehidupan mereka dibatas dengan kehendak syariat maka mempunyai teman lelaki atau teman wanita tiada dalam kamus kehidupan mereka. JIM semesti lah bertanggong jawab dengan penuh ketelusan dan keikhlasan memainkan peranan sebagai pemudah cara mencari dan memilih jodoh-jodoh yang sesuai untuk mereka demi membina rumahtangga muslim yang saleh dan musleh. Bakal melahirkan jenerasi pelapis yang bertangungjawab kepada agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara pelaksan syariat Islam.

(3) Hasrat Ibu Bapa

Ibu bapa juga bertanggungjawab untuk mencarikan jodoh untuk anak apabila telah samapai masanya. Mereka yang ingin dan mengharapkan kerehdaan Allah azzawajalla tentu saja memilih tatacara yang telah ditentukan Islam dalam penjarian jodoh anak-anak mereka. Mereka meletakan harapan kepada Bait Muslim sebagai venue perlaksana tugasan tersebut.

BIDANG TUGAS

Unit Bait Muslim JIM bertanggungjawab membina baitul muslim di kalangan ahli-ahli JIM dan rakan-rakan JIM dengan melaksanakan bidang tugas berikut.
  1. Memaklumkan kepada ahli-ahli JIM akan kewujudan unit Bait Muslim yang berperanan besar sebagai pemudahcara, tempat rujukan, nasihat, sokongan padu dan menyediakan prasarana membina baitul muslim.
  2. Menyediakan pangkalan data terkini biodata mereka yang berhasrat mendirikan bait muslim.
  3. Membantu dalam proses pertunangan dan walimatul urus (jika perlu).
  4. Meraikan majlis penikahan dan mendoakan jodoh yang berpanjangan bagi mereka yang telah disatukan.
  5. Menjadi penghubung kepada Panel Perunding Keluarga JIM.
Sumber bulat-bulat: Baytul Muslim JIM

Disclaimer: Ini tidak ada kaitan dengan penulis, penulis melihat bahawa ada keperluan untuk mewar-warkan sistem yang bagus ini. Jadi ini hanya dipost atas inisiatif tersebut.

32 comments:

Anonymous said...

tuan punya badan dah daftar belum?

dan,

baytul muslim yg ini utuk ahli JIM shj?

kalau bukan?

Mashizaki Keikan said...

er, saya sendiri bukan ahli JIM.

Saja nak promote sebuah sistem yang bagus. Daripada bercouple dan menggunakan cara yang haram, lebih baik menggunakan sistem yang bagus dan terpelihara.

betul tak?

Asim Abdullah said...

haa~ macam dah tak sabar nak ber BM je angah nie? HohO~

Anonymous said...

so dah daftar lah ni?

bukan ahli JIM, tp byk link JIM di blog ni.

takdela, kalau bkn ahli JIM boleh daftar, nak cuba daftar jugak.

boleh?

Asim Abdullah said...

kepada Anonymous:

Daftar jek...toksah pikir ahli JIM ke tidak...depa perkenalkan sistem nie supaya org ramai leh ikut sistem nie, tak kira la ahli or not, yang penting budaya 'couple sebelum kawen' nie dapat dibanteras...huhuhu~

teringat plak kat Indon, ade sebuah buku bertajuk, "Indahnya bercouple sesudah nikah..." huhu~

HO said...

^^,

pakcik ooooh pakcik

NowfaraBookstore said...

Dapatkan buku-buku Indon tentang couple dan pernikahan dari NowfaraBookstore :-).

Saja Promote!

Mashizaki Keikan said...

anonymous: ok. tak pernah pun.

YT: BM - BaguihnyaMuuu...

'ain3ara': apa dia makcik...

Jom beli buku ramai-ramai di Nowfara Bookstore... Reliable, efficient, murah..! (^_^)

permata said...

salam. jzkk sbb letak link ke baitul muslim. ana dah forward link tu kat 3 org kwn ana (tak ikut usrah) yg minta tlg carikan calon.. hrp diorg tergerak hati utk isi borang tu. selesai tugas ana :)

Mashizaki Keikan said...

mudah-mudahan bermanfaat buat semua...

Anonymous said...

pada pendapat anda, jika rumahtangga itu terbina atas dasar jln da'wah juga, pasangan di kalangan para du'at...tetapi tidak mencari@mendaftar pada agen sepert bait muslim ini utk mencari calon...

tetapi mencari calon sendiri(apabila sudah tiba masanya) dan berkahwin...

adakah itu dikira bait muslim atau perlu daftar mana2 agen bait muslim dan itu barulah dikatakan terdirinya bait muslim..

pandangan anda?

Asim Abdullah said...

'Asim 2 anon:

Nak tolong jawabkan...huhu~ boleh je kalau nak wat gitu...tak payah daftar pun tak pe, sebab sistem baitul muslim nie pemudah cara...

Kalau nak carik sendiri tak de masalah, yang penting tarbiyah dalam kuarga tu kena diterapkan...baru la boleh dipanggil baitul muslim...

tak kire la sama ada satu pasangan tuh berdaftar under sistem baitul muslim or not, mereka kena bena sebuah keluarga muslim yang baik, lebih2 lagi mereka yang bergelar du'at...

Tapi kan better kalau daftar je bwh sistem nie? at least pun, kalau anything happens, ade sistem nie bley bantu? (err....ye ke macam nie?) hoho~

Anonymous said...

hmmm...bgs2 pendapat encik 'asim ni...tulah nak tanya kekeliruan td, mungkin ada yg tak faham ke, mereka ingat perlu daftar bawah sistem seperti ini barulah dikira mendirikan bait muslim...

nak pendapat tuan punya blog pula. boleh ka?

Mashizaki Keikan said...

byang:
weih. tak boleh lah. cuba tgk situasi yang dia bagi.

anonymous:
baytul muslim boleh berlaku dengan beberapa cara. satu dengan kita daftar dengan sistem yang formal ni, lagi satu kita mintak terus dengan naqib/naqibah masing-masing. konsepnya ialah menggunakan orang tengah. tak kisah sama ada calon tu adalah calon dari orang tgh/sistem formal BM/dicari sendiri. yang penting ialah supaya terpelihara proses seblm perkahwinan tu.

Anonymous said...

ohhh konsep di sini ialah org tengah lah ya. Walaupun org tu kita cari sendiri, dan naqib/naqibah tu tidak kenal pun calon kita tu.Kira boleh la mintak tlg naqib tu ya?ok2..baru faham..

tapi kalau mcm kita ada ctc sikit2 org tu. berbincang ttg perkara agama misalnya, atau masalah ummah. tapi opposite sex.

then kta rasa dia blh jd zauj/zaujah. Adakah cara sedemikian terpelihara?

Anonymous said...

maksudku ialah ctc sikit2 then berkenan, terus diajukan niat kpd naqib. tp tak pernah jmpa pun org tu. Adakah cara itu terpelihara? itulah maksudku.

Mashizaki Keikan said...

hmm... ntah.

sebenarnya saya bercakap dalam konteks yang mudah. bagi JIM, mereka mempunyai sistem BM mereka. untuk memudahkan pengurusan biasanya naqib/naqibah sendiri adalah ahli JIM.

nak tahu maklumat lebih lanjut sila hubungi apa-apa kontek yang ada kat website BM JIM tu.

atau
(1) daftar ahli JIM
(2) daftar BM
(3) buat BM

tapi... daftar dengan JIM nanti kena ikut usrah dia jugaklah...

dah tak tahu nak kata apa.

not important said...

assalam..

for me...baitul muslim dibina atas pelbagai dasar namun dasar asasnya adalah da'wah itu...so bg mereka yg memahami hakikat baitul muslim ini...dan pastinya mereka akan mencari channel yang paling terpelihara dan terbaik dalam menjalankan amal ini....dan jim menyediakan channel ini insya'Allah...dan if taknak pu melalui jim...melalui naqib pun blh(naqib yg dah kawen!!) yang pentingnya adalah channelnya...wallahu'alam

Mashizaki Keikan said...

ya... betul! setuju dengan madpatapah.

Abu Khalid said...

Amboi..

Asim pula yang tolong jawab-jawabkan

Bukan main lagi ikhwah berbicara dalam bab ni...

pembetulan: indahnya berpacaran, selepas pernikahan

Mashizaki Keikan said...

memang indah berpacaran selepas pernikahan... giler jeles dengan abang ana buat macam tu kat rumah.








tapi takdak pengalaman lagi... haha~

prof: nta pun apa kurang... nak komen jugak.

istiazah said...

baitul muslim salah satu method untuk make sure yng kite terus istiqamah dalam jemaah. Tpi BM is not the ultimate solution. sumuanya atas diri sendirik kekuatan dan kefahaman tentang perjuangan itu sendirik.

Dalm mane2 jemaah pun ader baitul muslim. dan biasenyer org yng couple2 ni mmg org yng tak ikut usrah dan tak berada dlm jemaah.. so aper alternative untuk diorg??

even baitul muslim Jim pun kene register ahli JIM dulu kan..

that's why pentingnyer persatuan2 islam di peringkat universiti mewujudkan unit baitul muslim dan colobrate dengan ustaz. Make it open to all. langkah untuk banteras couple. certain Univ dah buat bende ni.


wallahua'lam

Mashizaki Keikan said...

Sesungguhnya kita hanya berkuasa ke atas orang yang berada di dalam lingkungan pengaruh kita. Kadang-kadang, bukan kadang-kadang... Tetapi kebanyakan kali, ramai orang suka berbuat sesuatu yang di luar kawasan pengaruhnya dan mengabaikan kawasan pengaruh tersebut.

Macamana nak selesaikan gejala sosial yang menjadi wabak di dalam masyarakat kita adalah dengan kita memulakan dari kawasan berpengaruh tersebut, dan mengexpandkan kawasan tersebut. Seperti juga halnya RasuluLlah SAW yang terbukit melalui sirah yang tealah ditempuhinya.

Sebuah sistem yang bagus, memang pasti tidak akan menjadi berguna selagi mana tidak ada orang yang mahu mengikut sistem tersebut. So, salah sebuah sistem ditubuhkan adalah kerana wujudnya keperluan di dalam lingkungan pengaruh tersebut. Iaitu orang-orang yang memerlukan kepada sistem tersebut. Bukan sistem memerlukan kepada orang untuk menghidupkannya.

Keutamaan sistem baytul muslim JIM adalah untuk memastikan bahawa ahli-ahli JIM dan sanak-saudara JIM mempunyai saluran yang betul di dalam usaha membina sebuah baytul Muslim yang baik. Tetapi saya tidak pasti sama ada orang lain di peringkat pengurusan sistem ini, mereka menerima juga orang-orang yang bukan berada di dalam JIM. Yang itu harus dirujuk kepada mereka yang lebih arif.

Tidak dinafikan bahawa baytul muslim bukan segala-galanya. Tetapi mudah-mudahan segala usaha kita yang baik untuk mencapai sesuatu yang terbaik itu diberikan keberkatan oleh Allah. Jika terjadi yang sebaliknya (BM yang tak menjadi), maka itu adalah satu masalah yang lain. Kita tak tahu kesudahan kita, tetapi kita tahu apa yang patut kita lakukan. Dan kita harus sentiasa beristiqamah di atas jalan yang terbaik.

WaLlahu a'lam.
-Sekadar pandangan peribadi-

istiazah said...

syukran2, nice2. betul la tu.

Mashizaki Keikan said...

baguslah tu...

Anonymous said...

wah beshnye..

Mashizaki Keikan said...

buatlah apa yang patut...

Anonymous said...

cmne nk dftr BM ni ek?

btul ke ngan BM ni, kte bleh jge drp couple sblm nikah?

Mashizaki Keikan said...

er, ia adalah sebuah sistem yang dapat menjadi alternatif kepada couple dan sebagainya... sebab biasanya orang bercouple sebab "nak kenal" dengan pasangannya sebelum kahwin, nak tengok sama ada pasangan tu kena atau tidak dengannya.

hopefully dengan adanya sistem BM ni, ada alternatif yang halal yang dapat menjaga hati dua-dua pihak.

macamana nak daftar?
yang tu kena pergi ke website asal post ini, www.bm2u.net

'Umayr SRA said...

Anon: cara yang terbaik sebenarnya nak elak gejala couple nih ialah bernikah.

sistem BM nih membantu untuk mempercepatkan nikah.

so agaknya la kan, boleh kot jaga dari couple-berkapel. :)

Anonymous said...

salam, baroqalLAHlaka ats blog yg mufid=), nak tanyr tahap kerahsiaan bg calon2 yang mendaftar d BM ni mcamane?, segan pula kalau semua yg buka tahu...huhhu

Mashizaki Keikan said...

Insya Allah kerahsiaan adalah pada tahap tertinggi. Kalau bocor pun, adalah dari empunya diri.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]