Pages

Sunday, March 22, 2009

Abul A'la al-Maududi

Abul A'la al-Maududi
25 September 1903(1903-09-25) - 22 September 1979
Pengasas Jama'ati Islami

"Kita tidak boleh berharap agar kesluruhan manusia memasuki Islam tanpa kita meletakkan sebarang usaha dari pihak kita"

Beliau dilahirkan di Aurangbad (Hyderabad) pada 25 September 1903M. Pada mulanya ia bertugas sebagai wartawan muda yang sangat aktif. Ketika baru berusia 17 tahun, beliau telahpun menjadi ketua akhbar harian "Taj" dan kemudian menjadi ketua 'al-Jami'ah', salah satu akhbar harian Islam yang paling berpengaruh dan dikenali pada awal kurun ke 20 di India.

Pada ketika usianya meningkat 26 tahun (1929M) beliau telah menunjukkan kebolehan dan kemampuannya dalam Ilmu Islam iaitu dengan menyumbangkan sebuah karya ilmiah yang terkenal 'al-Jihad fil Islam' yang merupakan satu-satunya buku yang penting sebagai kajian dan rujukan dalam bidang ini. Dan pada 1932M beliau telah berjaya menerbitkan sebuah majalah buletin yang bernama "Tarjuman Al-Quran". Majalah ini telah memainkan peranan yang hebat sekali dalam membangkitkan semangat perjuangan Islam dalam usaha menentang penjajah dan pemerintah-pemerintah Taghut -di Benua Kecil India- Pakistan khususnya dan di dunia Islam umumnya.

Dalam tahun 1941M, dengan usahanya yang gigih, beliau telah mendirikan satu gerakan Islam yang bernama 'al-Jamaati Islami' yang hingga kini terkenal sebagai satu-satunya gerakan yang sangat berpengaruh dan kuat berpegang kepada aqidah Islam. Pada tahun 1948M (ketika Pakistan diisytiharkan merdeka dari penjajah Inggeris), beliau telah ditangkap, iaitu setelah dikeluarkan buku beliau yang bertajuk 'Undang-undang dan Perlembagaan Islam' yang memberikan kritikan panas terhadap pemerintahan yang tidak mahu mengembalikan undang-undang Islam sebagai dasar pemerintahan negara. Antara isinya kandungannya tertulis:
"Umat Islam di Pakistan pada keseluruhannya dijiwai oleh semangat dan ruh Islam. Mereka bercita-cita supaya negara ini benar-benar dijalankan dengan undang-undang Islam, tetapi sebaliknya pemerintah yang menerima kekuasaan politik dari penjajah Inggeris telah mabuk dengan fikiran-fikiran dan kebudayaan sekularisma barat..."
Setelah 20 tahun lamanya di dalam tahanan, maka akhirnya beliau telah dibebaskan. Menjelang tahun 1953M, beliau telah ditangkap lagi kerana kegiatan dakwah yang dipandang bahaya oleh pemerintah. Kali ini beliau dijatuhkan hukuman mati, tetapi beliau diberi peluang supaya membuat rayuan dan meminta kasihan belas dari pemerintah. Beliau dengan tegasnya berkata:
"...saya lebih baik menyerah jiwa raga saya kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas saya menyerahkan jiwa raga saya ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat melakukan sesuatu pun atas diriku..!"
Dan memang benar, sesudah 26 bulan berada dalam tahanan, menjelang tahun 1955M beliau telah dibebaskan atas keputusan Mahkamah Tinggi. Beliau kembali bergiat dan terus bergiat dalam mempertahankan kesucian Agama Allah dari pencabulan manusia dan pemerintahan taghut.

Dalam meneruskan perjuangan suci, beliau telah menyumbangkan banyak buah karya kepada dunia Islam. Karya-karya atau buku-buku beliau tak kurang dari 60 buah, yang menjelaskan tentang Islam dari berbagai aspek. Sebuah buku yang hebat dan sangat kena dengan para pemuda, telah ditulis hasil dari ceramah beliau yang disampaikan di Makkah pada musim Haji tahun 1381H (Mei 1962). Ia dibukukan dalam bahasa Arab dengan tajuknya "Wajibat as-Syababul Muslim al-Yawm" (Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini).

No comments:

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]