Pages

Sunday, March 29, 2009

10 Tahun KARISMA

Sedar tak sedar, rupanya KARISMA (Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia) sudah berumur 10 tahun. Jika kita melihat dari segi perbandingan umur dengan seorang kanak-kanak, yang juga berumur 10 tahun, kini dia telah masuk ke alam sekolah rendah atas (darjah 4). Apa yang membezakan di antara sekolah rendah bawah dan atas? Mungkin tidak banyak sangat, tetapi apa yang penting ialah berganjaknya dia dari satu fasa ke fasa yang lebih tinggi sedikit.

Jika kita menilai dari segi sirah RasuluLlah pula, da'wah ar-Rasul pada tahun ke-10nya sudah mula keluar dari kawasan Makkah ke kawasan-kawasan sekelilingnya. Jika sesetengah pencatat dan pengkaji sirah, mereka mengkategorikan period tersebut sebagai satu fasa yang lain. As-Syeikh Safiyurrahman Mubarakfuri telah merakamkan di dalam kitabnya ar-Raheeq Makhtum tentang fasa-fasa da'wah RasuluLlah SAW:

(1) Period Makkah (13 tahun)
Period ini terbahagi kepada tiga fasa, ia adalah:
  • Fasa pertama: Da'wah sirriyah (da'wah secara rahsia), dari 0N-3N.
  • Fasa kedua: Permulaan da'wah jahriyyah (da'wah terang-terangan), 4N-10N.
  • Fasa ketiga: Da'wah di luar Makkah (10N-0H).
(2) Period Madinah (10 tahun)
Period ini terjadi setelah RasuluLlah SAW berhijrah ke Madinah. Sebenarnya di dalam period ini terdapatnya banyak lagi fasa, tetapi tidak akan disebutkan di sini.

Setelah 10 tahun, RasuluLlah SAW telah diperintahkan pula untuk berda'wah ke kawasan sekeliling Makkah. Ini menunjukkan beberapa isyarat:
  1. Jamaah Muslimin sudah perlu bertindak dengan cara yang berbeza dengan sebab (salah satu daripadanya) mereka telah mencapai satu kekuatan yang tertentu.
  2. Dengan perubahan cara, ini bermakna mereka berubah dari satu fasa (fasa yang lama) kepada satu fasa (fasa yang baru).
Bagi KARISMA pula, ana berharap agar pengalaman ia ditubuhkan selama 10 tahun itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Kerana sesungguhnya pengalaman adalah guru yang terbaik buat kita. Tetapi pada masa yang sama, janganlah kita lupa kepada sebuah kata-kata yang sangat berhikmah, yang mengatakan: "Semangat orang muda dengan kebijaksanaan orang tua". Janganlah kita hanya mengharapkan pembelajaran dari pengalaman kita sahaja, tetapi kita cuba memanfaatkan segala pengalaman dan hikmah yang ada pada para syuyukh kita dari kalangan pakcik dan makcik yang hebat-hebat belaka.

Seringkali kami di sini diingatkan bahawa usia da'wah kita bukanlah bermula dari usia kita berkecimpung di dalam medan ini, bahkan ianya telah lama bermula. Kita hanya menjadi generasi penerus kepada generasi-gerasi terdahulu. Sambunglah pengalaman mereka, agar kita tidak melakukan usaha yang redundant. Sambunglah pengalaman mereka agar wujud istimrariyah di dalam amal kita.

Buat ikhwah dan akhawat KARISMA, mudah-mudahan segala usaha yang antum buat sentiasa mengambil kira agenda utama da'wah kita; Takwinul Ummah. Janganlah sampai kita disibukkan dengan perkara-perkara tertentu sehinggakan kita lari dari agenda takwinul ummah dan kebangkitannya. Dalam hal ini juga, suka untuk ana mengingatkan kepada diri sendiri dan antum sekalian, bahawa asolah da'wah kita adalah menyeru kepada Allah SWT dengan Islam. Sesungguhnya Sayyidina 'Umar pernah mengingatkan kepada kita, dengan kata-kata yang sangat bermakna: "Kami adalah satu kaum yang dimuliakan disebabkan Islam, jika kita mencari selain darinya maka Allah akan menghinakan kami".

Buat ikhwah-ikhwah yang lainnya, ingatlah juga bahawa pengalaman yang berbeza antara satu sama lain telah melahirkan siapa diri kita yang sekarang ini. Janganlah hanya disebabkan pengalaman yang berbeza yang dilalui kita ini menyebabkan kita tidak menghargai pengalaman orang lain dan apa yang mereka lalui. Janganlah disebabkan nama yang berbeza kita menyimpan rasa-rasa di dalam hati. Mudah-mudahan kita sentiasa berdoa dengan suatu doa yang Allah ajarkan buat kita:

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, berikanlah keampunan buat kami dan juga buat saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami. Dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Rabb kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
(al-Hasyr, 59:10)

Sesungguhnya yang menghubungkan kita, bukanlah nama yang ada pada kita. Seseorang tersebut mungkin boleh mempunyai nama arab, tetapi tidak semua orang yang bernama dengan nama arab mempunyai isi hati yang tulen dengan keimanan dan keislaman. Jadi nama bukanlah sesuatu yang mengikat kita, tetapi isi hati berupa keimanan dan keislaman kita kepada Allah dan RasulNya adalah yang sebenarnya mengikat kita. Aqidah yang suci inilah yang menyamakan kita. Fikrah adalah lebih penting dari nama yang berbeza. Mudah-mudahan kita boleh bersatu atas dasar fikrah dan menjauhi perpecahan atas dasar nama. Insya Allah!

Pada akhirnya, yang paling penting ialah kita beramal di atas jalanNya:

Dan katakanlah: "Beramallah kamu, nescaya Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat amalan kamu. Kelak kamu akan dikembalikan kepada yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata, dan kelak kamu akan diberitahu tentang apa apa yang kamu kerjakan (di dunia)!"
(at-TAubah, 9:105)

Mudah-mudahan kita semua termasuk golongan yang beramal... Insya Allah!

2 comments:

Asim Abdullah said...

owh~ spoh tun rupenye Karisma nie...pekh~ dah tue rupenye...huhu~

Mashizaki Keikan said...

mana tua sangat... muda je... Iqra' pun lagi tua...

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]