Pages

Saturday, January 31, 2009

Jaulah Cameron Highland

Sesungguhnya tarbiyah merupakan satu proses yang dinamik, yang mempunyai pelbagai wasilah untuk mencapai kepada matlamat dan tujuannya. Halaqah hanya merupakan sebahagian dari wasilah tersebut. Dan di sana, wujudnya wasilah-wasilah lain untuk menyempurnakan serta mengislah bahagian-bahagian lain yang tidak dapat dilakukan di dalam halaqah yang statik.

Di dalam hal ini, jaulah merupakan salah satu dari banyak wasilah tarbiyah yang lain tersebut. Apakah tujuannya? Tujuannya adalah bertepatan dengan sebuah kata-kata hikmah yang pernah disebutkan oleh seseorang sebagai mafhumnya, kamu tidak mengenali lagi sahabatmu melainkan setelah bermusafir dengannya, makan dengannya dan juga tidur dengannya. Suatu kata-kata yang sungguh memberi makna, kerana di dalam perjalanan itu seorang sahabat akan menimbulkan dirinya yang sebenar.

Projek: Jaulah CH.
Bila: 25-27 Disember 2008.
Mana: JB --> Nilai --> Cameron Highland --> Ipoh --> Senawang --> Melaka --> JB.
Siapa: Tengok video.

Buat ikhwah-ikhwah yang semangat dengan jaulah...

Mempersembahkan...

Video 1


Video 2


Bunga-bunga harum di tepian jalan.

Kebun hydroponic di tepian jalan.

Menuju ke air terjun; "Parit Falls".

Kanak-kanak riang di taman-taman tepian jalan.

Menelusuri pokok-pokok teh 'BOH!'

Sepagi bersama Dr. Zainurrashid dari Aman Palestin.

Ziarah rumah Syazwan, ikhwah KTR yang tinggal kat Melaka.
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan berpuak-puak dan berkaum-kaum agar kamu saling kenal-mengenali (di antara satu sama lain). Sesungguhnya yang paling mulia di sisi tuhanmu adalah yang paling bertaqwa dari kalanganmu..."
(al-Hujurat, 49:13)


Untuk melihat lebih banyak gambar, sila ke picasa Mashizaki.Keikan.

13 comments:

Zakeri said...

salam,

"kata-kata hikmah yang pernah disebutkan oleh seseorang sebagai mafhumnya, kamu tidak mengenali lagi sahabatmu melainkan setelah bermusafir dengannya, makan dengannya dan juga tidur dengannya"

bukan ke ni disebut oleh Umar Al-Khattab dalam satu kisah yang dinyatakan?

kalau betul, betullah...

lompat si katak lompat, lompat!

Mashizaki Keikan said...

owh? ye ke? tak ingat lah pulak.

ibnu yazid said...

wahh..best..best...

plan la plak jaulah 2009 tu?
kate nk gi aussie..hoho
jepun la jom..ganbatte ne

Mashizaki Keikan said...

hohoo~

insya Allah 2009 akan banyak jaulah. tapi ana rasa takdak lah sampai tahap pi jumpa assie atau jepun... malaysia sudah...

Anonymous said...

Aduh.jelesnye..huhu

Best2 cameron highland..

Mar.nanti ana da balik,kite gi lagi?hehe

teringat gi survey gunung ledang dengan nta..=)

Mashizaki Keikan said...

haha... masalahnya, bila nta nak balik?? Tertunggu-tunggu ni...

thaaqhib said...

seronok dan ceria hidup bersaudara

Mashizaki Keikan said...

betul! memang tepat sekali..! hohoho~

WaneroAziq said...

Jaulah cameron hoghld ke... jauhilah cmrn highlnd....hehehehh

Mashizaki Keikan said...

jaulah ya akhi.. jaulah... nantikan yang lain ye?

Mashizaki Keikan said...

test

Abdullah Mujahid Hasanuddin said...

usrah ana baru je gi 3 minggu lepas :) tapi tunggu sun rise..lame tak jaulah ngan anta hehe

Mashizaki Keikan said...

hehe... ntalah yang susah nak jauh dari zawjah... ana masih bujang lagi. (^_^) hohoho

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]