Pages

Friday, January 2, 2009

Doa Untuk Gaza

Sehingga kini beratus-ratus saudara kita di Gaza telahpun gugur lantaran diganyang peluru Zionis. Kita merasa cukup ‘helpless’ mendengar berita-berita yang sampai. Apa yang boleh kita lakukan?

Setidak-tidaknya seharusnya kita berdoa untuk keringanan penderitaan saudara-saudara kita serta kemenangan dan kemuliaan Islam. Berikut dinukilkan beberapa doa yang mungkin boleh dipanjatkan di dalam munajat sdr semua di celah-celah keheningan malam sdr bertahajjud, ataupun bila-bila masa sesuai, insya Allah.

Selain daripada itu, sekiranya sudi, mungkin boleh juga hulurkan bantuan kewangan dan kebendaan melalui NGO-NGO Islam seperti Aman Palestin ataupun JIM Internasional. Saya tahu sejurus sebelum krisis terakhir ini, Aman Palestin memang telah menyampaikan USD60 ribu bagi bantuan perubatan ke Gaza. Kini mereka lebih-lebih lagi memerlukan sokongan seumpama ini.

Apapun peristiwa ini menuntut kita semua untuk:

(a) Bersatu sebagai satu umat Tauhid dan melupakan semua perbezaan furuk dan cabang.
(b) Bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai cita-cita dan hasrat yang sama.
(c) Menyumbang apa sahaja wang ringgit, derma, doa serta sokongan moral.
(d) Memperkasakan da'wah dan tarbiyah agar dalam jangka masa panjang kita berjaya halang kekejaman ini secara permenant.

--
Doa:

"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?"

"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."

"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."

"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."

1 comment:

H.M's Mummy said...

kredit to you.. sy amik 2 pic drpd blog awak ;) http://aiichalol.blogspot.com/2012/11/pray-for-gaza-save-islam.html

jemput2 lah jenguk :)

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]