Pages

Sunday, November 30, 2008

Future of This Deen

I found this interesting, so I decided to repost it in here from arkib.

--

Seorang ikhwah telah menghantar link untuk salah satu daripada video-video ni. Saya telah tertarik dengan apa yang disampaikan lalu membuat keputusan untuk mendownload semua dari 13 siri video ini (dengan menggunakan Realplayer Downloader yang datang sekali dengan Realplayer v11). Saya mendapati Dr. Tariq al-Suwaidan menyampaikan suatu ISK (Ini Sejarah Kita) yang sangat bagus. Lalu di dalamnya beliau menceritakan bagaimana tamadun Islam bermula, berkembang, dan berkembang sehinggalah ia sampai ke kemuncaknya. Dan diceritakan juga bagaimana ia kemudiannya jatuh, sehinggakan hari ini ia masih lagi belum dapat bangkit sepenuhnya daripada sejarah yang sangat menyedihkan.

Beliau telah menceritakan sesuatu yang diperoleh dari hasil kajiannya di dalam bidang sejarah Islam, sehinggakan sesiapa sahaja yang memperdengar kesemua dari siri-siri video ini pasti akan dapat melihat dengan lebih jelas "the Big Picture" of the perjuangan Islam. Ceramah ini juga mampu membangkitkan semangat jihad para pemuda Islam, mengetuk pintu hati orang-orang yang tidur dari perjuangan ini, dan juga menjelaskan beberapa perkara asas dalam kebangkitan suatu tamadun, especially Islam itself.

Jadi, nah! Ambillah masa 2 jam 10 minit untuk melihat video-video ini, dan hayatilah isi kandungannya sehingga ia membawa perubahan kepada diri kita:

"The Future of Our Religion"

Video 1


Video 2


Video 3


Video 4


Video 5


Video 6


Video 7


Video 8


Video 9


Video 10


Video 11


Video 12


Video 13


Kesimpulan yang dia bagi sangat menyentuh hati dan sangat membangkitkan semangat jihad seseorang. Kesimpulannya diberikan dengan satu hadith RasuluLlah (SAW):
ما رواه أحمد والبزار - الطبراني ببعضه - عن النعمان بن بشير عن حذيفة: أن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال: "تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها. ثم تكون خلافة على منهاج النبوة، فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها. ثم تكون ملكًا عاضًا، فيكون ما شاء الله أن يكون، ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها. ثم تكون ملكًا جبرية، فتكون ما شاء الله أن تكون، ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها. ثم تكون خلافة على منهاج النبوة" ثم سكت. -أحمد

Dari Nu'man bin Basyir katanya, “Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Tha'labah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah (RA) lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda (SAW) itu.” Maka duduklah Abu Tha'labah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan). Maka kata Huzaifah (RA), Nabi (SAW) telah bersabda, “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya. Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya. Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.” Kata Huzaifah (RA), “Kemudian baginda SAW diam.”
(Ahmad)

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.

Dan satu ayat dari al-Qur'an:
"Dan mengapa kamu tidak menginfaqkan harta kamu di jalan Allah, padahal milik Allah semua pusaka langit dan bumi? Tidak sama orang yang menginfaqkan (hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum al-Fathu (pembukaan). Mereka lebih tinggi darajatnya daripada orang-orang yang menginfaqkan (hartanya) dan berperang selepas itu. Dan Allah menjanjijkan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."
(al-Hadid, 57:10)

Lalu persoalan yang ditimbulkan ialah, adakah kita ingin termasuk orang-orang yang terdahulu yang berjuang sebelum datangnya al-Fathu? Atau kita ingin termasuk golongan yang kedua?

Mujahadah

#4
مجاهدا لنفسه

Dalam artikel pada kali ini, saya ingin membawa anda kepada suatu hakikat yang agung, terutamanya buat mereka yang ingin mengikuti sunnah RasuluLlah SAW yang terbesar; da'wah. Kita mengetahui bahawa da'wah merupakan seseuatu yang sangat berat amanah dan tanggungjawabnya, sehingga di peringkat awal risalah dan wahyu sampai kepada RasuluLlah, Allah memerintahkan:
"Wahai orang-orang yang berselimut! Dirikanlah malam melainkan (sebahagian dari waktunya yang) sedikit"
(al-Muzammil, 73:1-2)

Tidak lain dan tidak bukan ia merupakan suatu tanggungjawab yang besar seperti yang disebutkan Allah kepada RasulNya: "Sesungguhnya kami akan menurunkan ke atasmu suatu kata-kata yang sangat berat" (al-Muzammil, 73:5). Dan tidak lain dan tidak bukan ia memerlukan satu langkah permulaan yang baik. Langkah permulaan yang salah akan memberikan kesan yang memanjang kepada usaha da'wah seseorang. Bermacam-macam kemungkinan boleh mendatang: penyelewangan, futur, lesu, lemah dan kegersangan serta bermacam-macam lagi.

Seseorang boleh bermula dengan bermacam-macam kaedah atau cara untuk melakukan da'wah. Dan nama mereka munkgin boleh sampai satu negara mengenalinya. Dia juga munkgin boleh menganjurkan bermacam-macam program da'wah, yang tujuannya adalah untuk membuat arus pemikiran manusia memahami sesuatu perkara menurut pandangan Islam, atau berusaha sedaya upaya untuk mendidik atau mentarbiyah orang supaya memahami Islam, tetapi seandainya langkah bermulanya salah, maka dia akan mendapat kehampaan di atas kehampaan.

Ketahuilah bahawa jalan ini, adalah suatu jalan yang panjang. Ia memerlukan kepada bekalan yang tidak putus-putus dari sumbernya yang Maha Kekal. Ketahuilah wahai jiwa, bahawa umur jalan ini tidak dikira dengan umurmu, tetapi ia mempunyai hayatnya yang tersendiri yang telah ditentukan Allah. Sama ada anda berjalan di atasnya atau ditinggalkannya, ia tetap akan berjalan. Siapakah setelah kefahaman sampai kepada mereka, tidak mempunyai cita-cita untuk mati di atas jalan ini?

Ketahuilah wahai jiwa-jiwa yang hatinya rindu kepada Allah. Bahawa langkah pertama yang harus ditempuh oleh seorang da'i ialah pembebasan diri dari hawa nafsu secara total. Kerana hawa nafsu adalah sumber penyakit-penyakit hati yang lain. Anda tidak bisa melakukan lonjakan da'wah seandainya hati dan tekad anda masih keberatan meninggalkan medan nafsu. Ia pasti akan menjadi jerat-jerat berbisa yang bakal membunuh nafas da'wah pada diri itu.

Tetapi pembebasan ini, tidak dapat berlaku melainkan hanya setelah memahami hakikat syahadah yang sebenar, dan beramal dengannya. Dia tidak menjadikan bagi dirinya Ilah (tuhan yang diletakkan perhambaan kepadaNya) yang selain dari Allah Yang Maha Esa. Televisyen, darama, game, computer, internet, kawan-kawan, bahkan apa sahaja yang terdapat di dunia ini yang boleh mencengkam hatinya, lalu dia lela dan lalai dari tujuan hidupnya: "Dan tidaklah aku menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah (kepadaKu)" (51:56).

Tidak hairanlah mengapa kita melihat ramai yang berada di dalam arena tetapi umpama ruh yang sudah hilang dari jasadnya. Kata-kata yang susah diterima oleh hati yang hidup dengan iman, apatah lagi oleh orang-orang yang sangat memerlukan curahan iman.

Ini adalah satu perkara yang besar. Sehingga RasuluLlah SAW pernah menggambarkan di dalam sebuah hadith: "Kamu umpama buih di air bah", umpama buih-buih yang mengikuti gelombang airnya. Isinya kosong dan yang wujud hanyalah kerangkanya. Jika ianya berlubang nescaya futurlah buih tersebut. Semua ini gara-gara penyakit kelemahan atau "al-Wahnu"; "cintakan dunia dan bencikan kematian".

Bermujahadah melawan nafsu, untuk mengatasi rintangan-rintangan yang mendatang menjadi suatu kewajiwapan. Sekiranya hal ini tidak berjaya dilaksanakan nescaya, akan binasalah urusan hidup, yang hanya berlandaskan hawa nafsu dan syaitan yang menghasut. Lepaskanlah dirimu sepertimana syaitan melepaskan diri dari setiap orang yang telah disesatkannya;
"Sepertimana syaitan apabila dia berkata kepada insan: 'Kufurlah kamu!' Dan apabila dia (insan) kufur, maka dia (syaitan) berkata: 'Sesungguhnya aku berlepas diri darimu. Sesungguhnya aku takutkan Allah tuhan sekalian Alam'"
(al-Hasyr, 59:16)


Berlepaslah diri dari nafsumu, wahai jiwa-jiwa yang hidup!

--
Artikel-artikel berkaitan:
  1. Ciri yang ingin diapai, 29 Oktober 2008.
  2. Aqidah yang sejahtera, 10 November 2008.
  3. Ibadah yang sahih, 17 November 2008.
  4. Akhlaq yang kukuh, 21 November 2008.

Friday, November 21, 2008

Akhlaq yang Kukuh

Semoga dapat dimanfaatkan apa yang pernah ditulis suatu ketika dahulu ini. Akhlaq tidak lain dan tidak bukan suatu hal yang sangat penting sehinggakan ianya menjadi sebahagian daripada elemen terpenting da'wah RasuluLlah (SAW). Kita mengetahui bahawa ia adalah sesuatu yang ar-Rasul tunjukkan jauh sebelum zaman kerasulan baginda. Jadi marilah kita mengambil pengajaran ini, suatu pengajaran yang praktikal lagi meyakinkan.

--
#3
متين الخلق

Akhlaq pada asasnya merupakan sesuatu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan keperibadian. Bahkan akhlaq itu sendiri merupakan keperibadian yang luhur. Tidak dapat tidak untuk manusia mencapai tahap tamadun yang tinggi, nilai akhlaq itu menjadi salah satu daripada faktor terbesar yang menyumbang ke arah perkara tersebut. Dan seandainya dilihat dari persepektif universal, semua agama sebenarnya dan pada hakikatnya mementingkan nilai akhlaq itu sendiri. Lebih-lebih lagi dengan Islam yang merupakan rahmat untuk seluruh alam.

Apa yang dimaksudkan dengan akhlaq yang kukuh ialah seseorang itu mempunyai keluhuran keperibadian yang tidak hanya mengikut arus suasana di sekitarnya tetapi ia tetap luhur walau macam mana sekalipun keadaan di sekelilingnya. Ia umpama ikan air masin yang berenang-renang di dalam air masin dan dirinya masih terjaga dari kemasinan air tersebut. Alangkah baiknya contoh yang Allah (SWT) berikan kepada kita ini.

Di dalam sebuah hadith pernah diceritakan:

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله: إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Daripada Abu Hurairah (RA), RasuluLlah (SAW) pernah bersabda: "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlaq".
(Bukhari dll)

Melalui hadith ini, ar-Rasul (SAW) menyatakan bahawa tujuan baginda dibangkitkan adalah untuk menyempurnakan akhlaq. Iaitu akhlaq yang telah dimulakan oleh para ambiya' yang terdahulu semenjak zaman Adam (AS) sehinggalah kepada zaman Baginda. Dan melalui hadith ini juga kita mengetahui bahawa kita harus mencontohi RasuluLlah (SAW) di dalam perkara-perkara yang mencantik lagi menyempurnakan akhlaq.

Juga melalui firman Allah, Allah telah menyatakan bahawa RasuluLlah itu adalah individu yang selayaknya dicontohi:

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) RasuluLlah (SAW) itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan hari akhirat, dan dia mengingati Allah dengan banyaknya."
(al-Ahzab, 33:21)

Kemudian menjadi persoalan bagi kita mengenai akhlaq dan keperibadian RasuluLlah (SAW). Bagaimana kita ingin mencontohi akhlaq baginda sedangkan kita ini hidup pada zaman yang kita ini tidak pernah langsung bertemu dengan peribadi yang mulia ini. Maka suatu kisah ketika beberapa orang sahabat datang bertemu Ummul Mu'minin A'isyah (RA), menjadi suatu yang sangat berharga buat kita, terutamanya dalam konteks ini. Ketika A'isyah dikunjungi sahabat-sahabat tersebut lalu ditanya mengenai akhlaq RasuluLlah:

عن عائشة رضي الله عنها قالت كان خلق رسول الله صلى الله عليه وسلم القرآن - رواه أحمد ومسلم وأبو داود، وزاد مسلم يغضب لغضبه ويرضى لرضاه
Daripada A'isyah (RA) katanya; (Bahawa) akhlaq RasuluLlah SAW adalah al-Qur'an.
(Ahmad, Muslim, Abu Daud)

Daripada hadith ini dapat difahami bahawa al-Qur'an itu merupakan sesuatu yang sangat penting di dalam pembentukan akhlaq. Dan juga daripada hadith ini kita dapat memahami bahawa keseluruhan dari isi kandungan al-Qur'an membawa kepada suatu hasil yang diharapkan, iaitu akhlaq yang mulia. Dan akhlaq itu sendiri menjadi manifestasi dari pengamalan secara sempurna seluruh isi kandungan al-Qur'an.

Dan atas dasar ini, saya mengatakan bahawa akhlaq itu bukan merupakan tujuan utama. Ia lebih kepada hasil-hasil sampingan yang akan tercapai sekiranya tujuan utama dicapai. Dan apakah yang lebih utama selain dari mempunyai aqidah yang sejahtera (سليم العقيدة)? Barangsiapa yang sudah selesai aqidahnya sepatutnya juga telah selesai perkara-perkara lain, tetapi ramai yang selesai bab aqidah yang sejahtera di peringkat teori sahaja.

Daripada hadith-hadith yang disebutkan itu juga kita dapat mengambil pengajaran bahawa akhlaq ini merupakan elemen yang sangat penting di dalam hidup manusia. Kerana akhlaq yang mulia itu merupakan fitrah manusia. Sedang manusia itu tidak diciptakan melainkan untuk mengikuti fitrah yang telah difitrahkan ke atasnya. Dan apa-apa yang telah diftrahkan itu merupakan suatu urusan yang mampu menjaga kemaslahatan sejagat. Apabila kita keluar sahaja daripada fitrah tersebut maka hasilnya adalah seperti mana keadaan yang dapat kita lihat di depan mata kita sekarang ini. Kehancuran berleluasa. Kezaliman menjadi kebiasaan. Dan penindasan di atas penindasan. Manusia bebas menyalurkan nafsu serakahnya di jalan yang batil, dan bermacam-macam lagi.

Maka ini akan kembali kepada hadith baginda (SAW):

Daripada Abi Mas'ud 'Uqbah bin 'Amru al-Ansori al-Badri (RA) katanya: RasuluLlah (SAW) telah bersabda: "Di antara perkara yang dijumpai oleh manusia dari kalam nubuwwah yang terdahulu ialah; Apabila kamu tidak malu, maka lakukan apa yang kamu suka."
(Bukhari)

Maka adakah hasil yang negatif yang kita inginkan? Sudah tentu tidak! Jadi marilah kita sama-sama menyemai perasaan al-haya' (الحياء) di dalam diri kita, agar manusia suatu hari nanti akan kembali hidup di dalam keadaan fitrah yang telah diftrahkan ke atasnya.

--
Artikel-artikel berkaitan:
  1. Ciri yang ingin diapai, 29 Oktober 2008.
  2. Aqidah yang sejahtera, 10 November 2008.
  3. Ibadah yang sahih, 17 November 2008.

Monday, November 17, 2008

Syeikh Yusuf Estes in JB


Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Gabungan Pertubuhan NGO Muslim Negeri Johor, bersama Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM serta Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti telah berusaha membawa Dr Yusuf Estes ke Johor Bahru dalam siri lawatan beliau ke Malaysia. Dr Yusuf adalah seorang pendakwah terkenal di USA dan seluruh dunia semenjak memeluk agama Islam. Beliau sebelum ini ialah pendakwah Protestan yang aktif. Program Dr Yusuf Estes di Johor Bahru yang akan diadakan seperti berikut:


Program 1

“Why are Scientists and Doctors Turning to Islam for Answers?”

27 November 2008 (Khamis)

2.00 – 4.00 pm

Dewan CTL, Blok F54,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai


Program 2

“Do Dakwah Now!”

27 November 2008 (Khamis)

8.00 – 10.00 mlm

Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid

Taman Universiti, Skudai

Semua dijemput hadir!!

Maklumat lanjut mengenai Syeikh Yusuf boleh diperolehi dari
www.al-nidaa.com.my atau www.yusufestes.com

Kisah beliau menganut Islam boleh dilihat melalui video di alamat berikut:
Video

Ibadah Yang Sahih

Insya Allah pada post kali ini, saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang point yang kedua dari 10 ciri individu muslim yang telah digambarkan secara ringkas di post yang lalu. Saya juga telah menghuraikan secara ringkas ciri yang pertama, kini tibalah pula masanya untuk menghuraikan ciri yang kedua; Ibadah yang sahih.

--
#2
صحيح العبادة

Sesungguhnya Allah telah menciptakan kita semua yang terdiri dari Jinn dan manusia dengan tidak ada tujuan lain selain untuk beribadah kepadaNya. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam bacaan yang diulang-ulang:

"Dan tidaklah Aku menciptakan Jinn dan Manusia melainkan untuk mereka memperhambakan diri (kepadaKu)"
(az-Zaariyat, 51:56)

Seandaianya kita mengambil dari ayat ini akan makna ibadah itu sendiri, ibadah membawa maksud "perbuatan-memperhambakan-diri" kepada Allah. Dan dari ayat ini juga dapat difahami bahawa ibadah itu melibatkan seluruh aspek kehidupan. Tidak kira sama ada amalan itu besar atau kecil, terang-terang atau tersembunyi, bersendiri atau beramai-ramai, dan seterusnya. Setiap amalan yang kita lakukan sepatutnya merupakan ibadah.

Namun demikian, ada dari kalangan manusa yang tidak taat kepada Penciptanya lalu dia melakukan perbuatan-perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah. Atau ada juga yang meletakkan tujuan yang baik lagi ikhlas, tapi caranya untuk sampai ke matlamatnya telah jauh sekali terkeluar dari garis batasan yang telah dibuat oleh yang Maha Pencipta. Ada pula yang melakukan perbuatan-perbuatan yang baik pada pandangan manusia tetapi pada hakikatnya di dalam hatinya dia telah merancang untuk mendapatkan keuntungan bagi dirinya sendiri. Dan amalan-amalan ini ditolak sama sekali.

Jadi apakah amalan yang diterima oleh Allah? Yang akan menjadi 'ibadah yang sahih di sisiNya? Sudah tentu 'ibadah yang sahih itu merupakan sesuatu mempunyai elemen-elemen berikut di dalamnya:
  1. Niat yang ikhlas kerana Allah sahaja dan semata-mata.
  2. Amalan yang berada di dalam batasan syara'.
Dan ini merupakan konsep 'ibadah yang sahih secara amnya.

Walaubagaimanapun, di dalam konteks ibadah yang khusus caranya hanyalah seperti mana yang telah diajarkan oleh RasuluLlah SAW, dan tidak boleh dilakukan dengan cara yang selain yang telah diajarkan oleh Baginda. Antara contoh 'ibadah dan dalilnya ialah:
  1. Solat; "Solatlah kamu sepertimana aku solat".
  2. Haji; "Ambillah olehmu dariku manasik kamu".
  3. Dan terdapatnya banyak contoh lagi yang boleh dirujuk pada buku yang khusus membincangkan masalah/hal ini.
Seandainya ada orang yang menambah atau mengurangkan sesuatu dari 'ibadah-'ibadah khusus, maka ia adalah bid'ah yang wajib ditolak. Ini adalah kerana ar-Rasul pernah menyebut di dalam hadithnya:

Dari Ummul Mu'minin Ummu 'Abdullah 'A'isyah R.A. katanya, RasuluLlah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan di dalam urusan kami ini yang bukan daripadanya maka ia adalah ditolak". Riwayat Bukhari dan Muslim. Dan dalam riwayat muslim ada disebut "Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang bukan dari urusan kami maka ia adalah ditolak".
(Bukhari & Muslim)

Jelas dari ayat ini bahawa bid'ah itu merupakan sesuatu yang tidak diterima, bahkan ditolak. Maka di dalam 'ibadah yang khusus, terdapat satu lagi syarat yang perlu kita tambah dari dua yang asal iaitu:
"Bahawa 'ibadah yang dilakukan adalah sepertimana yang dilakukan atau diajar atau ditunjukkan oleh RasuluLlah, tanpa mengurangi atau menambah di dalam mana-mana bahagian ibadah itu walau sedikitpun melainkan kelonggaran itu disandarkan pada nas-nas yang sahih sahaja."
Walaubagaimanapun, secara hakikatnya matlamat ibadah ialah perhambaan diri kepada Allah. Bagaimana mungkin jika ibadah-ibadah yang kita lakukan tidak disertakan dengan perasaan rindu dan cinta kepada Dia? Sehinggakan apa yang kita lakukan ini, benar-benar memberi kesan kepada ruh, dan bukanlah terhenti sekadar beberapa perbuatan dan gerakan fizikal. Kerana RasuluLlah SAW pernah mengingatkan para sahabatnya dengan suatu ingatan yang tegas, "Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga...". Mereka mungkin melakukan ibadah seperti yang RasuluLlah lakukan, tetapi mereka tidak menghayatinya sepertimana penghayatan baginda, beribadah dengan ihsan:

"...bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, dan jika kamu tidak dapat melihatnya maka sesungguhnya Dia Maha Melihatmu..."
(Syaikhan)

Janganlah kita tertipu dengan sesetengah golongan yang meninggalkan amalan-amalan nawafil (sunat) yang mengiringi ibadah wajib hanya dengan alasan tidak mahu membuat "bid'ah", tetapi pada masa yang sama mereka tidak pula berusaha menyuburkan perasaan 'ubudiyah dengan amal-amal lain yang mereka yakini.

Maka beramallah kita dengan amalan-amalan yang sahih lagi benar, kerana ia akan menjadi bekalan dan bukti buat kita di akhirat kelak:

"Dan katakanlah: 'Beramallah kamu nescaya Allah, RasulNya dan orang-orang mu'min akan melihat amalan kamu. Kamu akan dikembalikan kepada yang mengatahui perkara ghaib dan perkara yang terang, lalu di mengkhabarkan kamu tentang apa yang telah kamu lakukan."
(at-Taubah, 9:105)

--
Artikel-artikel berkaitan:
  1. Ciri yang ingin diapai, 29 Oktober 2008.
  2. Aqidah yang sejahtera, 10 November 2008.

Sunday, November 16, 2008

Forward Membuta Tuli

Jangan engkau tulis!

Atau engkau forwardkan!

Saya menjadi marah, dan berang. Hati terasa bagai nak terbakar. Kerana ini merupakan satu penghinaan. Tetapi perkara tersebut seolah-olah sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita yang berteknologi tinggi, terutamanya dari kalangan remaja dan pemuda.

Saya hairan dengan beberapa kalangan. Maaf, silap. Saya hairan dengan banyak dari kalangan pemuda kita, yang sibuk mengforwardkan mesej-mesej yang mereka dapat dari kawan-kawan mereka. Ada yang mempunyai isi kandungan yang baik dan ada yang mempunyai isi kandungan yang buruk, atau lebih tepat lagi tidak membawa apa-apa faedah.

Saya menghargai satu sikap yang ada pada mereka yang suka mengforwardkan mesej-mesej tersebut, kerana mereka ini mempunyai keinginan yang tinggi untuk berkongsi sesuatu yang mereka rasa penting dan sesuatu yang mereka begitu terkesan dengan mesejnya. Mereka ingin agar orang-orang yang rapat dengan mereka turut melihat sesuatu isu itu seperti mana mereka melihat isu tersebut. Maka ini adalah sesuatu yang baik, sekurang-kurangnya dari sudut ini lah.

Tetapi jika dinilai dari aspek-aspek yang lain, saya rasa, anda (jika anda terjebak dengan gejala ini) harus berhati-hati! Saya katakan anda harus berhati-hati! Kerana RasuluLlah SAW pernah bersabda di dalam sebuah:
"Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun"
(Muslim)

Jadi jika mesej yang terbawa di dalam mesej yang anda forwardkan itu baik, maka insya Allah apa yang anda akan dapat adalah kebaikan. Tetapi seandainya tidak, maka anda akan dapat yang sebaliknya. Kerana saya meyakini, kebanyakan orang yang mendapat mesej tersebut akan juga mengforwardkannya kepada beberapa orang yang lain. Dan ia berterusan, dan berterusan, dan berterusan sehinggalah... Saya pun tidak tahu bila. Maka berhati-hatilah. Tetapi itu hanya suatu perkara yang kecil jika dibandingkan dengan yang seterusnya.

Di dalam beberapa mesej baik, atau kadang-kadang juga termasuk yang mengarut, yang tidak ada kena mengena langsung dengan sesuatu yang disandarkan kepada RasuluLlah SAW, dari segi perbuatannya, atau perkataannya, atau juga taqrirnya (sesuatu yang RasuluLlah tidak mengendorse atau menafikannya), saya mendapati ada sepotong hadith yang sangat masyhur dengan kita: "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat" (Bukhari). Hadith tersebut diletakkan biasanya diletakkan di akhir mesej-mesej atau email-email tersebut, yang diforwardkan tersebut. Lalu, mereka menggunakan hadith yang sahih tersebut sebagai dalil untuk menyuruh atau menggalakkan orang lain turut mengforwardkan mesej-mesej tersebut kepada orang lain.

Apakah semua ini?

Bukankah ini satu pendustaan atas nama Nabi kita yang mulia?

Bagaimana seseorang muslim itu tidak panas hati?
Bagaimana seseorang mu'min itu tidak terguris hati?
Sedang sesuatu yang tiada kena mengena dengan baginda dikaitkan dengannya?

Kebanyakan mereka mungkin tidak tahu...
Atau mereka just ignorant...
Atau mereka sengaja tanpa mengetahui apa risikonya...
Atau juga, mereka sengaja dengan tujuan menyesatkan...
Siapa tahu?

Saya pun tidak tahu apa sebabnya.

Tetapi, apa-apa pun... Ketahuilah wahai masyarakat ini!
Bahawa RasuluLlah SAW pernah bersabda:
"Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia menempah tempatnya dari neraka"
(Syaikhan)

RasuluLlah tidak berkata berbohong dengan keburukan sahaja, tetapi termasuk di dalam kedustaan itu perkara-perkara yang mungkin dilihat bagus pada pandangan kebanyakan manusia, tetapi tidak datang dari baginda SAW. Jadi berwaspadalah kita! Berhati-hatilah kita, agar kita mengetahui dan memahami hakikat ini, dan tidak menempah tempat kita di neraka (na'uzbillahi min zaalik).

Untuk itu, saya mencadangkan dan menyeru kepada mereka yang mempunyai himmah (keinginan) yang tinggi untuk menyampaikan kebaikan agar:
  1. Mengenal pasti isi kandungan mesej atau email yang anda dapat untuk memastikan kesahihan isinya. Mungkin ada penyelewengan fakta atau yang seumpama dengannya. Allah SWT telah mengingatkan kepada orang-orang yang beriman: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila datang kepadamu seorang fasiq membawa berita maka selidikilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kejahilan, yang akhirnya menyebabkan kamu menyesali perbuatanmu itu" (al-Hujurat, 49:6). Atau dalam hal ini, terdapat keraguan tentang kebenaran berita tersebut, maka tinggalkan lah ia.
  2. Bertanya kepada orang yang lebih mengetahui dan juga dipercayai (biasanya para asaatiz), tentang isi kandungan yang terdapat di dalam email tersebut. Dan tidak mengforwardkan mesej-mesej tersebut kepada sesiapa yang lain melainkan setelah mendapat jawapan dan green light daripada orang yang dirujuk tersebut.
  3. Memastikan bahawa mesej-mesej yang tidak ada kaitan dengan RasuluLlah SAW tidak diakhiri dengan hadith "Sampaikanlah dariku..." tersebut. Ia seolah-olah memberi implikasi bahawa apa yang ada dalam email tersebut adalah dari RasuluLlah sedangkan tidak. Jika ada, dan artikel tersebut tidak ada kaitan, maka delete bahagian tersebut. Itupun jika email tersebut mempunyai isi-isi yang berfaedah yang dirasakan perlu dikongsikan bersama-sama dengan rakan dan teman. Jika hadith tersebut digunakan sebagai dalil untuk menyampaikan kebaikan, maka huraikanlah hadith tersebut. Tetapi jika hanya ingin mengforward, delete sahaja bahagian tersebut. Anda tidak ingin menempah tempat kembali buruk, bukan?
  4. Memberitahu kepada kawan-kawan dan rakan-rakan yang suka mengforwardkan mesej-mesej atau email-email, tentang hakikat-hakikat yang dinyatakan di atas, agar mereka juga turut berwaspada.
  5. Berusaha menulis sesuatu dari apa yang difahami sendiri, samada yang diperolehi dari program, atau dari ceramah, atau dari kelas, atau juga yang difikir-fikirkan dan diilhamkan ketika berjalan-jalan di bumi Allah ini. Berusaha menulis sendiri mesej yang dirasakan penting walaupun perkara tersebut hanya sependek satu perenggan. Yang lebih baik itu adalah sesuatu yang datang dari hati dan diterjemahkan sendiri oleh empunya hati tersebut.
  6. Kita bukan ummah yang copy-paste-forward. Tetapi kita adalah sebuah ummah yang dinamik dan terbaik yang dicipta untuk manusia, kerana kita beriman kepada Allah. Keimanan itu mempunyai satu ciri yang sangat penting, iaitu ketulenan. Tanpa ketulenan iman, kita umpama sebuah buah yang disebutkan: "Buahnya wangi tetapi isinya pahit". Kita mahu membina kefahaman, kita mahu membina iman, kita mahu membina amal yang berterusan. Kita mahu menjadi sebahagian daripada ummah yang progressif dan dinamik. Kita mahu menjadi tunggak tertinggi dunia, yang memberi dan sentiasa dirujuk. Maka kita tidak boleh sikap seperti itu; copy-paste-forward.
  7. Tidak mengforwardkan sama sekali apa-apa mesej yang menyuruh para pembaca untuk berwaspada dengan site-site tertentu. Kerana pada asalnya site tersebut tidak popular, tetapi kebiasaannya dipopularkan oleh orang yang menyuruh dan meminta orang lain berwaspada dengan site-site tersebut. Sedikit sebanyak orang yang mengforwardkan mesej tersebut mendapat saham dalam mempopularkan site-site yang sesat itu.
Mudah-mudahan kita menjadi sebuah ummah yang terisi dengan keimanan, dan tidak hanya kosong dalaman. Berwaspadalah kita dengan keadaan ghutha' (غثاء) yang disebutkan oleh RasuluLlah SAW di dalam hadith buih. Berwaspadalah kita dari menjadi salah seorang yang mempropagandakan sesuatu yang tidak benar.

Saya ingin melihat dan bersama-sama dengan mereka yang saya kasihi di syurga kelak.

Begitu juga anda...

Berwaspadalah kita...

Tuesday, November 11, 2008

Peringkat Perkembangan Da'wah RasuluLlah

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita kematian tiga orang pencari syahid dari negara jiran. Hasil dari itu, ia telah mencetuskan pelbagai jenis reaksi dari bermacam-macam jenis pihak. Buat saudara-mara mereka yang menjadi mangsa kes pengeboman Bali pada tahun 2002, mereka menerima keputusan tersebut dengan mengatakan 'kini keadilan telah terlaksana'. Dan umum mengetahui bahawa ramai dari kalangan mereka adalah berwarganegara Australia.

Tetapi bagi mereka yang menjadi pengikut atau penyokong atau juga simpati kepada tiga orang tersebut, reaksi mereka lebih kepada kecewa, sedih dan marah. Kecewa dan sedih kerana kerajaan menghukum mereka yang 'berjuang kerana agamanya', dan marah kerana juga disebabkan sebab yang sama.

Beberapa sahabat dan juga rakan turut meluahkan perasaan mereka berkaitan dengan kejadian ini. Mereka mengiringi luahan perasaan dengan puji-pujian, dengan mengatakan bahawa mereka bertiga telah mati sebagai syuhada'. Saya, saya telah terkejut dengan berita kematian tersebut. Mana tidaknya, saya pernah membaca latar belakang Imam Samudra yang ditulis sendiri ketika beliau dipenjarakan. Sedikit sebanyak ada kekaguman dengan mengetahui siapakah sebenarnya sang 'mujahid' ini. Al-Fatihah buat mereka bertiga. Mudah-mudahan Allah menerima amal mereka.

Walaubagaimanapun, saya tidak ingin hanya berhenti setakat di situ, di mana ramai selalu berhenti. Tetapi saya suka untuk kita mengambil beberapa pengajaran dan ibrah dari apa yang berlaku supaya kita dapat menyusun langkah-langkah yang lebih baik di dalam jalan da'wah ini. Di sini bukanlah saya ingin mempersoalkan keikhlasan apa yang dibuat oleh ketiga-tiga orang yang dihukum tersebut, bahkan saya sangat-sangat mengkagumi semangat mereka untuk mencari syahid. Kerana RasuluLlah SAW pernah bersabda:
"Barangsiapa yang mati sedang dia tidak pernah berperang dan dia tidak pernah berniat untuk berperang, maka dia mati di atas salah satu cabang kemunafiqan"
(an-Nawawi)

Dan juga saya tidak lupa kepada satu hadith yang lain:

"Ditanya kepada Rasulullah SAW tentang seorang lelaki yang berperang kerana mahu dikenali sebagai pahlawan, seorang lagi berperang untuk dikenali sebagai seorang yang berjasa mempertahankan bangsa / kabilahnya dan yang seterusnya untuk menunjukkan kehebatannya (riya`), yang mana satukah dikira sebagai berjuang fisabilillah? Maka Rasul saw menjawab: Barangsiapa yang berperang semata-mata untuk meninggikan kalimah Allah (Islam) maka mereka adalah fi sabilillah."
(Bukhari & Muslim)

Jadi saya tidak mahu menafikan kesungguhan beberapa golongan tersebut untuk meninggikan kalimah Allah dengan cara yang mereka faham sebagai cara yang terbaik. Itu adalah ijtihad mereka. Tetapi di dalam post ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang beberapa perkara yang berkait rapat dengan hal ini. Dan saya mendapati perkongsian ini, mungkin menjadi agak panjang. I hope you could bare with me until the end, insya Allah!

--

Da'wah telah bermula dari seorang individu ketika mana baginda SAW ber'uzlah di gua hira'. Pada saat-saat tersebut telah tertanam di dalam dirinya untuk menjauhkan diri dari perkara-perkara yang merosakkan dari anasir masyarakat jahiliyyah. Jibril AS telah membawa wahyu yang pertama buat khatimil ambiya' ini, yang umum mengetahui bahawa ayat tersebut adalah beberapa ayat dari surah al-'Alaq. Kemudian setelah turunnya wahyu yang pertama yang menyuruh Nabi untuk membaca (Iqra'!), maka turun lagi sesudah itu beberapa siri ayat-ayat yang lain yang mana kesemua ayat-ayat tersebut merupakan ayat-ayat yang pendek lagi mempunyai kesan yang mendalam dari segi makna-maknanya.

Dan bermula dari titik permulaan yang pertama tersebut da'wah Islam telah berkembang, dari seorang diri (hanya RasuluLlah SAW), kepada orang-orang terdekat dari segi hubungan, kepada kaum kerabatnya dan sehinggalah kepada peringkat daulah Islam ketika mana RasuluLlah SAW menjadi pemimpin negara tersebut. Kemudiannya ia telah berkembang dan berkembang lagi sehingga pada zaman 'Abbasiyyah, tamadun ini telah mencapai kemuncaknya.

Tetapi secara ringkasnya, berdasarkan ar-Raheeq al-Makhtum (oleh Syeikh Mubarakfuri) perkembangan Islam pada zaman ar-Rasul adalah seperti berikut:
  1. Fasa Makkah (selama hampir 13 tahun)
  2. Fasa Madinah (selama 10 tahun)
Dan kita boleh bahagikan fasa Makkah kepada beberapa peringkat lagi:
  1. Da'wah secara rahsia: Yang berlangsung selama 3 tahun.
  2. Da'wah secara terang di Makkah: Bermula dari permulaan tahun ke-4 sehingga akhir tahun ke-10 nubuwwah.
  3. Da'wah secara terang yang merentasi sempadan Makkah: Ia bermula dari akhir tahun ke-10 nubuwwah hingga saat hijrah RasuluLlah SAW ke Madinah.
Selain dari mengkategorikan dalam bentuk yang sedemikian, kita juga boleh menilai perkembangan da'wah tersebut dari sudut yang lain. Saya boleh katakan, apa yang berlaku di atas tersebut adalah pendekatan yang RasuluLlah buat (berdasarkan wahyu dan perintah dari Allah dengan tanda-tandanya yang tertentu) untuk menyebarkan Islam. Sedang isi dan kefahaman yang diambil darinyalah yang patut diambil pengajaran dan diaplikasi mengikut kesesuaian suasana sekarang, dengan melihat kepada tanda-tanda yang disebut di dalam sirah. Kategorinya:
  1. Penjernihan dan pembinaan asas yang kukuh: Kekuatan aqidah.
  2. Pengikatan dan penyambungan hubungan: Kekuatan kesatuan.
  3. Pemantapan kekuatan fizikal: Kekuatan jundiyyah dan 'askariyyah.
Pada peringkat awal perkembangan Islam, kita tidak mempunyai apa-apa kekuatan langsung. Yang ada hanya kekuatan yang ada pada individu, tetapi tidak sebagai jamaah. Kita tidak memiliki sebuah daulah, kita tidak mempunyai sebuah watan, dan kita juga tidak mempunyai apa-apa perundangan yang kompleks, melainkan beberapa. Antara ayat-ayat pertama yang turun kepada RasuluLlah SAW adalah ayat-ayat yang bertujuan membina asas kekuatan yang pertama, yang bakal diperlukan sebagai bekal untuk jalan yang sangat jauh dan berliku ini. Kita dapat melihat antara ayat yang turun:
"Wahai orang-orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sebahagian kecil, (iaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu, atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah al-Qur'an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa), dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan. Sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dengan urusan yang panjang. Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati."
(al-Muzammil, 73:1-8)

Kita dapat melihat dengan jelas bagaimana Allah benar-benar telah mengatakan "Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa)" agar ia menjadi bekalan yang sangat baik bagi mereka yang ingin membawa tugas yang sangat berat; "kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu". RasuluLlah SAW yang merupakan murobbi agung selepas Allah SWT pun memerlukan bekalan, apatah lagi kita. Sudah tentu kita memerlukan bekalan yang lebih hebat.

Juga pada peringkat awal-awal Islam dibawa, ayat-ayat al-Qur'an banyak berkisar tentang beberapa persoalan asas kemanusian; (1) Siapakah tuhanku? (2) Apa tujuan hidupku? (3) Ke mana akan ku pergi selepas ini? (4) Apa yang terjadi dengan amal aku ketika hidup? (5) Siapakah Nabi Muhammad? (6) Bagaimana aku boleh menyerah diri kepada yang Maha Berkuasa? Dan bermacam-macam lagi persoalan-persoalan yang asas, yang Allah jawab satu persatu di dalam ayat-ayat Makiyyah. Gaya dan corak ayat tersebut, yang pendek-pendek, tetapi padat dengan isi, memberikan kesan yang mendalam buat generasi pertama Islam.

Pada awal da'wah Makkiyyah dijalankan ia berlaku secara fardi (individu). Risalah Islam itu sampai melalui usaha individu. RasuluLlah SAW berjaya menda'wah Abu Bakr yang kemudiannya dithabat sebagai as-Siddiq, dan melalui tangan sahabat yang mulia ini pula datangnya sahabat-sahabat lain yang hebat seperti ‘Uthman bin ‘Affan Al-Umawi, Az-Zubair bin ‘Awwam Al-Asadi, ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, Sa‘d bin Abi Waqqas, Az-Zuhri dan Talhah bin ‘Ubaidullah At-Tamimi. Kesemua mereka ini diajak memasuki Islam kerana pengajaknya mempunyai keyakinan bahawa mereka akan memeluk deen yang mulia ini. Dan daripada sinilah berkembangnya da'wah Islam sehinggakan ia tidak dapat lagi berjalan secara rahsia setelah tiga tahun berlalu.

Kemudian apabila perintah turun kepada RasuluLlah SAW untuk membawa mesej Islam kepada kaum kerabatnya (26:214), maka RasuluLlah SAW telah mengumpulkan orang di bukit Safa. Lalu baginda menyeru: "Wahai Bani Fahr dan Bani 'Adi! Jikalau aku mengkhabarkan kepada kalian tentang kemaraan tentera berkuda di lembah ini, untuk menghancurkanmu, adakah kamu akan mempercayaiku?" Lalu mereka menjawab: "Ya, kami tidak pernah didustai olehmu!" RasuluLlah sambung: "Sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan dari azab yang pedih!" Dengan lantangnya Abu Lahab menolak, dan ketika itu jugalah Allah menjawab kelantangan Abu Lahab tersebut dengan surah al-Lahab; "Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasalah dia!" (111:1).

Setelah peristiwa tersebut berlalu, kata-kata RasuluLlah SAW di bukit Safa masih terngiang-ngiang di telinga kaum kuffar dan seluruh pelusuk Makkah. Sehinggalah apabila turunnya satu perintah Allah yang jelas:
"Maka sampaikanlah (Muhammad) secara terang-terangan segala yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang yang musyrik"
(al-Hijr, 15:95)

Pada saat ini jugalah mula penentangan secara besar-besaran oleh Kafir Quraisy. Dan umat Islam mula merasai tekakanan dari tindakan kuffar. Beberapa sahabat diseksa dan ditindas dengan keadaan yang begitu teruk sekali. Antara nama-nama yang popular dari kalangan mereka adalah seperti keluarga Yasir, dan kisah Bilal bin Rabah. Tetapi jarang sekali kita mendengar tentang kisah seorang sahabat yang bernama Khabbab al-Arrat.

Khabbab al-Arrat merupakan seorang tukang besi dan juga merupakan salah seorang sahabat yang paling awal masuk Islam. Pernah suatu ketika beliau disiksa oleh kaum kuffar dengan suatu siksaan yang dasyat, Dr. Asri menceritakan bagaimana Khabbab dicucuh sebahagian badannya ke dalam api yang digunakannya untuk meleburkan besi. Hasil daripada itu masaklah sebahagian dari tubuhnya. Lalu beliau pergi mengadu kepada RasuluLlah SAW seperti yang diceritakan di dalam sebuah hadith riwayat al-Imam Bukhari:
Khabbab berkata: Kami telah mengadu kepada RasuluLlah (SAW, berkaitan dengan keadaan kami) ketika baginda sedang bersandar dan berselimut di bawah banyangan Ka'bah. Kami berkata: 'Bolehkah tuan berdoa agar Allah menolong kita?' Baginda bersabda: 'Terdapat dari kalangan orang sebelum kamu (dari orang-orang beriman), yang ditangkap, sebuah lubang digali dari untuknya dan dia dimasukkan ke dalamnya. Lalu sebilah gergaji dibawa dan diletakkan di kepalanya, dan badannya di gergaji sehingga terpisah dua. Dagingnya disikat menggunakan sikat besi, (yang demikian itu menyebabkan) dagingnya tertanggal dari tulangnya. Tetapi, walaupun demikian, hal tersebut tidak menyebabkan dia keluar dari agamanya. Demi Allah! Deen ini (Islam) akan disempurnakan (dan dimenangkan) sehinggakan seorang pengembara yang berjalan dari San'a ke Hadramaut tidak takut sesiapa melainkan kepada Allah, dan mungkin akan bimbang serigala yang mengganggu kambingnya. Akan tetapi, (wahai Khabbab!) kamu adalah seorang yang gopoh-gapah!'
(Bukhari)

Kita dapat melihat bagaimana tegasnya RasuluLlah SAW di dalam hal ini. Di dalam suatu riwayat yang lain yang juga dari al-Imam Bukhari, riwayat tersebut menceritakan bagaimana merah padamnya muka RasuluLlah SAW lantaran marah kepada Khabbab al-Arat kerana bertanyakan soalan yang seperti itu. Bagaimana tidaknya? RasuluLlah SAW menceritakan tentang seksa yang lagi dasyat yang menimpa kaum yang sebelumnya tetapi mereka tetap dengan deen mereka yang mulia.

Pada saat tersebut, RasuluLlah belum diperintahkan oleh Allah SWT untuk melawan balik orang-orang kafir Quraisy, terutamanya mereka yang banyak melakukan penindasan. Kita dapat melihat banyak sabda Nabi kepada para sahabat berupa kata-kata perangsang dan penyubur sifat sabar di dalam diri, seperti kepada Bilal bin Rabah dan keluarga 'Ammar bin Yasir. Apa sebabnya mereka (umat Islam) tidak melawan balik; sebabnya ialah kerana mereka tidak mempunyai kekuatan pada saat tersebut, dan Allah lebih mengetahui akan hal tersebut. Perintah untuk pergi berperang tidak diturunkan sehinggalah sesudah hijrah.

Satu kata-kata yang cukup memberi kesan kepada amal kita ialah apabila ar-Rasul SAW menyebut dengan tegas kepada Khabbab al-Arat, "...akan tetapi engkau adalah gopoh-gapah!" dengan wajah baginda yang merah padam. Jangan disebabkan kita bertindak melulu, untuk memerangi golongan kuffar ketika kita tidak mempunyai kekuatan, mereka menindas kita dengan lebih dasyat lagi. Tambahan, mereka mempunyai alasan yang teguh untuk memerangi kita. Orang yang belum sampai lagi hidayah kepada dia akan mengatakan: Padan muka kepada kamu, kaum yang lemah yang tidak mengerti ukuran baju sendiri.

Fasa yang berlaku bermacam-macam jenis pembersihan dan kejernihan itu berlalu dengan kesan yang bermacam-macam. Ada yang gugur sebagai syuhada' kerana mempertahankan deen yang mereka yakin dengannya. Ada pula yang berjaya melalui saat-saat getir tersebut dengan penuh kesabaran dan keikhlasan, walaupun ada yang mengadu kepada RasuluLlah seperti Khabbab. Tetapi apa yang pastinya ialah ujian-ujian tersebut merupakan wasilah untuk mereka meningkatkan keimanan & ketaqwaan kepada Allah SWT. Ia menapis sisa-sisa jahiliyyah yang ada di dalam hati para sahabat yang awal-awal memeluki Islam.

Setelah berlalunya fasa penjernihan & pembinaan asas yang kukuh, RasuluLlah SAW telah diperintahkan untuk berhijrah ke Madinah. Dan di sana baru terjadinya fasa yang kedua, iaitu fasa kesatuan; fasa yang mempersaudarakan golongan 'Aus dan Khazraj, dan golongan Muhajirin dan Ansar. Sejarah membuktikan bahawa walaupun sesuatu pihak itu sudah lama mempunyai dan menyimpan dendam dengan pihak yang lain, aqidah akhirnya dapat menyatukan hati mereka. Begitulah dalam kes 'Aus dan Khazraj. Dan pada saat-saat pertama berada di Madinah, RasuluLlah SAW telah menysusun langkah membina Daulah Islam yang pertama. Antaranya ialah dengan usaha membina Masjid Nabawi.

Secara rinkasnya, setelah sebuah Daulah Islamiyah yang pertama ditubuhkan, dan hanya setelah itu, barulah datangnya perintah Allah untuk berperang.

"Diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dizalimi. Dan sungguh, Allah Maha Berkuasa menolong mereka itu."
(al-Hajj, 22:39)
--

Saya hanya akan berhenti sekadar di situ.

Di bawah ini beberapa kesimpulan:
  1. Jalan da'wah ini adalah jalan yang sangat panjang, dan umur jalan ini tidak diukur dengan jangka hayat seseorang yang berada di atas jalan tersebut. Matinya mereka tidak akan memberhentikan jalan da'wah walau sedikitpun; kerana Allah telah berfirman: "Di antara orang-orang mu'min ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu. Dan mereka tidak sedikitpun mengubah (janjinya)" (al-Ahzab, 33:23).
  2. Islam adalah deen yang dinamik. Untuk melakukan sesuatu tindakan yang besar (yang memberi kesan kepada ummah), ia mengambil kira bermacam-macam aspek. Sebagai contohnya, ketika zaman Makkah, tidak disyari'atkan perang kerana fasa tersebut adalah fasa membina kekuatan. Andaikata perang dilancarkan dalam keadaan ummah yang lemah, maka dengan mudah Islam itu dapat dihapuskan. Sedangkan ketika perang Badr al-Kubra RasuluLlah SAW pernah berdoa: "Ya, Allah! Jika kumpulan ini (tentera Muslim) kalah pada hari ini, engkau tidak akan lagi disembah selamanya!" Ia menunjukkan betapa walaupun Allah telah menjanjikan sesuatu, segala perkara ada sebab dan musababnya.
  3. Pembinaan asas yang kukuh di dalam setiap individu muslim merupakan perkara pertama yang dilakukan oleh RasuluLlah SAW. Baginda menjernihkan fikrah, menanam keimanan dan memastikan sahabat-sahabatnya beramal dengan asas-asas tersebut. Bilangan orang yang mempunyai asas yang kukuh juga memainkan peranan yang penting, kerana RasuluLlah SAW pernah bersabda: "12,000 orang tidak akan dikalahkan disebabkan jumlah mereka yang sedikit". Seteleh mengumpul dan membina asas yang kukuh dalam setiap orang yang berminat, ke dalam Islam, di Makkah ketika itu, barulah baginda diperintahkan untuk berhijrah ke Madinah. Madinah pula, tidak ketinggalan dalam membina asas mereka yang kukuh, dengan kisah kedatangan beberapa orang dari Madinah, dan kisah Bai'ah Aqabah yang pertama dan kedua. Merekalah yang kemudiannya memastikan pembinaan asas tersebut berjalan di Madinah sebelum penghijrahan ar-Rasul ke sana. Asas yang kukuh inilah yang akan memastikan nafas yang panjang di dalam da'wah dan pencegahan dari sebarang bentuk penyelewangan. Kerana RasuluLlah SAW telah memarahi Khabbab dengan sangat marah lantaran bersikap tergopoh-gapah. Jangan disebabkan sikap gopoh-gapah tersebut, ia menjadi musabab kaum kuffar menghalang peluang-peluang da'wah yang terbuka sebelum melakukan tindakan melulu tersebut.
  4. Islam mengajar supaya kita bersabar dan bergaul dengan manusia untuk membawa mereka kepada Islam. Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan ummah kita sekarang yang lemah dan ramai lagi dari ahlinya yang ditimpa penyakit cintakan dunia bencikan kematian. Kita harus bermula dengan membina dan mendidik ummah dari asasnya, dan tidak bertindak melulu menghukum mereka lantaran dosa yang mereka lakukan disebabkan kejahilan mereka. Ini disebut di dalam sebuah hadith: "Seseorang yang bergaul dan bersabar dengan manusia lebih baik dari yang tidak bergaul dan tidak bersabar dengan mereka" (HR. Tarmizi).
  5. Setelah terbinanya asas yang kukuh, umat Islam dari seluruh dunia disatukan di bawah satu sistem. Dan setelah terjalinnya hubungan yang kuat sesama muslim yang telah berbai'ah kepada khalifah, dan hanya setelah itu barulah kita berpindah ke fasa seterusnya, iaitu fasa kekuatan fizikal. Kerana kita sendiri meyakini dan mengimani bahawa di dalam al-Qur'an terdapat begitu banyak ayat yang menyuruh kita untuk pergi berjihad. Dan pada ketika itulah apabila seruan Jihad dikumandangkan oleh Khalifah, maka mudah-mudahan Allah memasukkan kita dalam golongan orang yang pertama-tama menyahut seruannya. Tetapi sebelum hal itu terjadi, hendaklah kita: "Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki..." (al-Anfaal, 8:60).
  6. Dan akhir sekali, marilah kita beramal dan berusaha untuk membawa ummah kita ke arah fasa yang seterusnya. Kerana sesungguhnya, orang yang hanya mengasihani mereka yang telah syahid tetapi tidak melakukan apa-apa hanyalah orang yang telah tertipu dengan kecantikan kata-kata dan angan-angan. Kerana RasuluLlah SAW pernah bersabda: "Bukanlah iman itu dengan berangan-angan, bukan juga dengan perhiasan tetapi ia adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan 'amal". Maka bermulalah kita dengan usaha pertama yang dilakukan oleh RasuluLlah, iaitu memberi kefahaman kepada masyarakat tentang deen yang mulia ini. Mudah-mudahan ada keberkatan yang sangat baik di dalam mengikuti contoh yang mulia ini.
--
Nota kaki:
  1. Maklumat berkaitan dengan sirah RasuluLlah SAW kesemuanya diambil daripada kitab sirah ar-Raheeq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyur Rahman Mubarakfuri.
  2. Apa-apa kesilapan yang terdapat di dalam artikel ini, harap dapat dimaklumkan kepada saya secepat mungkin. Mudah-mudahan orang tidak terfaham lain.
  3. Jika ada istilah atau frasa yang tidak dapat difahami boleh bertanya soalan-soalan yang berkaitan. Semoga sedikit sebanyak kita dapat berkongsi idea dan pandangan. WaLlau a'lam bissawab!
--
Artikel-artikel berkaitan:

Software

Di bawah ini ada beberapa software yang sangat-sangat membantu. Untuk software yang pertama, saya menggunakannya untuk mengupload ayat-ayat qur'an sepertimana yang anda lihat digunakan di dalam post-post yang ada. Software di bawah ini ada muqadimah surah yang diambil dari Tafsir al-Maududi. Untuk menggunakan ayat-ayat daripada software tersebut, hanya perlu right click pada gambar ayat yang ada di dalam itu dan paste di tempat yang boleh paste gambar (photoshop, paint, dll). Kemudian boleh disimpan (save) dalam format yang sesuai (jpeg, png, dll). Kalau nak download silakan:


Tetapi masalahnya ialah, kadang-kadang di dalam kepala kita ada ayat yang kita ingat tapi tak ingat sumbernya. Jadi untuk mudah, saya ingin memperkenalkan anda kepada satu site yang bagus:


Caranya mudah, anda hanya perlu menaip perkataan yang anda ingat dalam rumi dan tekan enter. Contohnya, untuk mencari ayat kedua surah al-baqarah saya hanya perlu menaip "zaalikal kitabu laa rayba...". Lawatlah dan belajar menggunakannya, insya Allah anda boleh mendapatkan manfaat yang besar darinya sepertimana saya juga telah mengambil manfaat dari tempat tersebut. Cuba juga di di dalam search box di bawah ini:



Dan di bawah ini pula ada software hadith yang mungkin boleh dimanfaatkan. Hadith: Bukhari, Muslim, Malik and Abu Dawud:


Atau kalau nak lihat apa-apa software lain yang ada: http://www.imaanstar.com/

-Perhatian Penting!-
Cuma satu perkara yang harus diambil perhatian ialah, software-software tersebut tidak terjamin dari sebarang kesilapan kerana tidak ada badan yang telah mengesahkan software-software tersebut. Jadi seandainya anda terperasan apa-apa kesilapan, harap dapat merujuk kembali kepada hardcopy bahan-bahan tersebut. Contohnya ayat-ayat qur'an tersebut, kalau ada kesilapan atau keganjilan di dalam maknanya, rujuk mashaf yang ada di dalam tangan kita. Seperti itu juga halnya untuk software hadith tersebut.

Monday, November 10, 2008

Aqidah Yang Sejahtera

Setelah disbukkan dengan beberapa urusan penting sebagai seorang mahasiswa, akhirnya dapat juga saya mengambil kesempatan dan peluang ini untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang suatu hakikat yang sangat penting yang perlu difahami oleh setiap individu yang bergelar muslim(ah); Aqidah yang sejahtera. Post ini merupakan sebuah repost dari arkib, jadi ianya menjadi peringatan buat yang lupa, penambahan kefahaman buat yang tidak tahu, dan ringkasan mudah buat yang serabut. Mudah-mudahan kita dapat mengambil sebaik-baik manfaat darinya.

--
#1
سليم العقيدة

Sebelum ini saya pernah mengatakan bahawa terdapat 10 ciri yang kita harapakan daripada mengikuti sistem tarbiyyah. Dan saya telah menyatakan bahawa ciri pertama yang ingin dicapai ialah beraqidah dengan aqidah yang sejahtera. Tetapi apakah maksudnya dengan mempunyai aqidah yang sejahtera? Saya akan cuba ringkaskan dalam bentuk yang padat tetapi mudah difahami semoga kita mendapat manfaat yang sepenuhnya daripada ini.

Aqidah yang sejahtera ialah aqidah seperti mana yang disebutkan oleh ar-Rasul di dalam hadithnya ketika Jibril datang kepadanya:

"...Jibril berkata: Maka khabarkan kepadaku tentang iman. (Lalu) baginda berkata: Bahawa (ianya adalah) kamu beriman dengan Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, hari Akhirat dan kamu beriman dengan taqdirNya yang baiknya dan yang buruknya..."
(Mutafaqqun 'Alayh)

Beriman dengan Allah dan mentauhidkanNya di dalam tiga jenis tauhid, iaitu di dalam tauhid Rububiyyah, tauhid Uluhiyyah dan tauhid Asma wa Sifat. Tauhid Rububiyyah ialah mentauhidkan Allah di dalam erti kata meyakini hanya allah sahaja Rabb (Tuhan) yang mentadbir dan memerintah seluruh kejadian ciptaannya tanpa ada seorang penolongpun. Tauhid Uluhiyyah pula bermakna mentauhidkan Allah di dalam meletakkan tumpuan pengabdian dan perhambaan sehinggakan 'abudiyyah itu hanya untuk Allah semata-mata. Dan Tauhid Asma wa Sifat pula ialah beriman dan beri'tiqad bahawa Allah mempunyai 99 nama dan 20 sifat yang disandarkan kepadaNya yang wajib diketahui oleh seorang hamba. Dan tidak menyandarkan nama-nama tersebut mahupun sifat-sifatNya kepada yang selain daripadaNya. Dan tidak mensyirikkanNya secara jelas atau tersembunyi.

Beriman dengan kitab-kitab Allah bererti saudara beriman dengan kitab-kitab samawi dan kitab al-Qur'an. Kitab-kitab samawi hanyalah kitab Injil, Taurat dan Zabur. Dan hendaklah saudara mengimani bahawa kitab-kitab Samawi yang terdahulu semuanya telah diangkat dan sudah tiada lagi yang asli di muka bumi ini. Yang ada hanyalah kitab-kitab hasil buatan manusia yang sudah terpesong dari ajarannya yang sebenar. Manakala al-Qur'an tetaplah terpelihara sehinggalah Hari Qiyamat tanpa diubah walau sedikitpun. Dan segala isi al-Qur'an itu wajib saudara terima terutamanya yang qat'ie manakala yang mutasyabihat itu kita serahkan kepada Allah tentang maksudnya sehingga ilmu sampai kepada kita. Perlu juga kita fahaminya menurut kaedah-kaedah bahasa Arab dengan tidak memberat-beratkan atau meringankan.

Beriman dengan RasuluLlah pula ialah meyakini dan beri'tiqad bahawa baginda ialah hamba Allah dan utusanNya. Juga meyakini bahawa terdapat dua puluh lima Rasul yang wajib diketahui dan diimani bermula daripada Adam sehingga Muhammad SAW, dan kesemuanya mengajak kepada Allah dan pentauhidanNya. Juga mempercayai bahawa RasuluLlah SAW adalah rasul dan nabi yang terakhir yang tidak ada lagi jawatan seumpama itu selepas baginda. Dan bahawa segala apa yang disandarkan kepada RasuluLlah SAW di dalam hadithnya, atharnya, dan sunnahnya adalah perkara yang tidak boleh ditolak kerana ianya merupakan sesuatu yang diwahyukan kepada baginda dan bukanlah dari hawa nafsu baginda sendiri. Dan tarif hadith yang boleh diterima pakai sebagai hujjah hanyalah hadith-hadith sahih dan hadith hasan atau hasan sahih.

Beriman dengan perkara-perkara ghaib yang di dalamnya termasuk para malaikat, hari qiyamat dan penentuan qadha' dan qadar Allah. Kesemua hal ini telah jelas disebutkan di dalam al-Qur'an berulang-berulang kali. Tentang malaikat, bahawa mereka merupakan hamba-hamba Allah yang dicipta dari nur dan sangat-sangat taat kepada Allah. Dicipta tanpa hawa nafsu, atau jantina, dan menjalankan tugas-tugas yang telah diberikan kepadanya oleh Allah tanpa banyak rintangan.

Tentang Qiyamat bahawa ianya pasti akan berlaku pada suatu hari yang ditentukan, yang tidak diketahui oleh seorangpun hambanya walaupun malaikat. Apabila datangnya hari tersebut tidak akan dilewatkan atau diawalkan satu saatpun. Dan tanda-tandanya adalah seperti yang telah disebutkan oleh RasuluLlah di dalam hadith-hadith yang sahih. Apa yang diketahui tentang Qiayamat hanyalah dari apa yang dikhabarkan kepada kita dari dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi Muhammad sahaja. Tidak lain dari yang demikian.

Dan tentang Qadha' dan Qadar Allah, bahawa segala sesuatu yang berlaku ke atas diri kita atau orang lain atau sesuatu apa yang lain hanya berlaku di dalam lingkungan qadha' dan qadar Allah SWT sahaja. Tidak kiralah samada perkara itu baik atau buruk. Namun manusia telah diberikan pilihan untuk memilih dua jalan yang telah diilhamkan kepadanya, sama ada jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Dan manusia juga ditaklifkan sendiri terhadap apa yang mereka perbuat, bukan orang lain ataupun makhluk lain.

Dengan memahami segala penerangan ringkas yang saya sebutkan itu, saya berharap agar saudara sedikit sebanyak memahami apakah dia yang di maksudkan dengan aqidah yang sejahtera. Semoga kita ini termasuk dalam kalangan hamba-hambaNya yang lurus dan suci aqidahnya, sehinggalah kita bertemu kembali dengan Allah SWT pada hari Akhirat. Insya Allah!

--
Artikel-artikel berkaitan:

Tuesday, November 4, 2008

Hasan al-Banna

Hasan al-Banna
Pengasas & Mursyidul 'Am Pertama
Ikhwanul Muslimin

Allah SWT berfirman:

"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya)"
(al-Ahzab, 33:23)

Sejarah telah mencatat para generasi dakwah Islam di era modern Iakan banyak pahlawan, dan hal tersebut telah terjadi, dan akan terus terjadi dari mereka yang memiliki sikap dan prinsip dengan tetap berpegang teguh pada manhaj Islam yang benar dan lurus, jika boleh dikatakan: bahwa mereka mampu mencapi puncak hingga peringkat sebagai pengemban dan pembawa manhaj ilahi dari generasi pertama umat Islam, dan tugas dari gerakan Islam adalah mengenang para pahlawannya dan mengapresiasi para syuhada di jalannya; sehingga kelak mereka menjadi panutan yang dapat memberikan pencerahan dan petunjuk bagi generasi dakwah setelahnya, dan setiap orang yang mengambil jalan ini.

Siapakah Hasan Al-Banna?

Beliau adalah Hassan Ahmad Abdul Rahman al-Banna, lahir di kota Al-Mahmudiya, di bagian Delta Nil Provinsi Buhaira, Mesir, pada hari Ahad, tanggal 25 Sya’ban tahun 1324, bertepatan dengan tanggal 14 Oktober tahun 1906. Beliau termasuk dalam keluarga pedesaan yang sederhana dari kebanaykan bangsa Mesir lainnya sebagai petani di sebuah desa Delta yang disebut dengan desa “Syamsyirah” [dekat dengan pantai kota Rasyid berhadapan dengan kota Idvina, bagian dari kota Fawah, Propinsi Al-Buhaira].

Kakeknya bernama Abdul Rahman, beliau adalah seorang petani dari keluagra sederhana, namun orang tua Hasan Al-Banna, Syeikh Ahmad tumbuh - sebagai anak bungsu- jauh dari aktivitas bertani; karena keinginan dari ibunya, sehingga beliau ikut dalam belajar dan menghafal Al-Qur’an dan mempelajari hukum-hukum tajwid Al-Quran, dan kemudian belajar hukum syariah di Masjid Ibrahim Pasha di Alexandria, dan disaat menempuh pendidikan, beliau ikut bekerja di sebuah toko terbesar bagian refarasi jam di Alexandria, sehingga setelah itu beliau memiliki keahlian dalam memperbaiki jam dan berdagang, dan dari sinilah beliau terkenal dengan panggilan “As-sa’ati”

Selain itu, Orang tua Al-Banna juga memiliki keahlian dan menjadi bagian dari ulama hadits karena beliau pandai di bidang tersebut, sebagaimana beliau banyak melakukan aktivitas dalam mempelajari dan mengajar sunnah nabawiyah terutama kitab yang terkenal “al-fathu Robbani fi tartiibi musnad imam Ahmad bin Hambal As-Syaibani”, dan dalam kehidupan seperti itulah tumbuh “Hassan al-Banna” mencetak banyak karakter darinya.

Awal Perjalanan

Hassan al-Banna memulai pendidikannya di sekolah tahfizhul Qur’an di Al-Mahmudiyah, dan mampu mentransfer ilmu dari banyak penulis sehingaa orang tuanya mengirim beliau kepada para penulis di dekat kota Al-Mahmudiyah. Namun waktu yang beliau tempuh di tempat para penulis sangat padat sehingga tidak mampu menyempurnakan hafalan Al-Qur’an; oleh karena terikat dengan peraturan para penulis, dan pada akhirnya beliau tidak mampu meneruskannya, lalu melanjutkan pendidikannya di sekolah tingkat SMP, meskipun ada pertentangan dari ayahnya, karena beliau sangat antusias terhadap dirinya untuk bisa menjadi penghafal Al-Qur’an, dan tidak setuju anaknya masuk sekolah SMP kecuali setelah bisa mengkhatamkan Al-Qur’an di rumahnya.

Setelah menyelesaikan sekolah SMP beliau masuk ke sekolah “Al-Mu’allimin Al-Awwaliyah” di Damanhour, dan pada tahun 1923 masuk kuliah di Fakultas Dar El-Ulum di Kairo dan lulus pada tahun 1927, dan selain itu, beliau juga mampu meraih lebih ilmu-lainnya dari ilmu-ilmu yang diterima pada saat kuliah, terutama pada kurikulum pendidikan yang diberikan saat itu; seperti pelajaran ilmu al-hayah, sistem pemerintahan, ekonomi politik, sebagaimana beliau menerima pelajaran tentang bahasa, sastra, hukum, geografi dan sejarah, sehingga dengan itu semua, membuat beliua matang dalam berbagai ilmu pengetahuan.

Beliau memiliki perpustakaan yang besar dan luas dirumahnya, di dalamnya terdapat ribuan buku, yang berisi tentang buku-buku yang terkait dengan tema yang tersebut diatas, dan ditambah dengan adanya empat belas jenis majalah dari majalah mingguan yang diterbitkan di Mesir seperti majalah al-muqtatof, majalah al-fath, majalah Al-Manar dan lain-lainnya, dan hingga saat ini perpustakaan beliau masih ada di bawah pengawasan anaknya ustadz ” “Saif al-Islam”.

Al-Banna menjalankan hidupnya selama 19 tahun sebagai guru sekolah dasar di Ismailia, dan kemudian di Kairo, dan ketika beliau mengundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru pada tahun 1946 beliau telah mendapat level kelima untuk menjadi PNS, setelah itu beliau bekerja di surat kabar harian “Ikhwanul Muslimin”, dan kemudian beliau menerbitkan majalah bulanan sendiri yang bernama “As-Syihab” yang di mulai pada tahun 1947; hal tersebut dilakukan agar dirinya dapat mandiri dan sebagai sumber mata pencaharian, namun akhirnya majalah tersebut dibredel oleh karena dibubarkannya jamaah ikhwanul muslimin pada tanggal 8 Desember 1948.

Pengaruhnya

Syeikh Hassan al-Banna, menerima banyak pengaruh dari beberapa ulama besar dan para guru, termasuk ayahnya sendiri, Syeikh Ahmed dan Syeikh Mohammed Zahran - pemilik majalah Al-Is’ad dan pemilik sekolah Ar-Rasyad, yang mana Hasan Al-Banna terdaftar di sekolah saat beliau menetap beberapa tahun di Mahmudiyah - begitupun Syeikh Tantawi Jauhari, penyusun kitab tafsir Al-Qur’an “Al-Jawahir”, dan beliau juga menjadi pemimpin redaksi koran yang diterbitkan pertama kali oleh Ikhwanul Muslimin pada tahun 1933, setelah lulus dari Dar el-ulum tahun 1927, Hasan Al-Banna menjadi guru pada salah satu sekolah dasar di kota Ismailiyah, dan berikutnya tahun 1928 mendirikan jamaah Ikhwanul Muslimin, tapi sebelum pendiriannya beliau telah banyak terlibat dalam sejumlah asosiasi dan kelompok agama, seperti “Jam’iyah Al-Adab Al-Akhlaqiyah”, dan “Jam’iyah Man’u Al-Muharramat” di Mahmudiya, dan “At-Tariqah Al-Hashofiyah” sebuah aliran tasawuf di Damanhour, sebagaimana beliau juga ikut berpartisipasi dalam pendirian jamaah Syubbanul Muslimin pada tahun 1927 dan beliau merupakan salah satu anggotanya. Yaitu, Setelah jamaah Ikhwanul Muslimin yang didirikannya telah tumbuh, berkembang dan tersebar di berbagai segmen masyarakat dan kota, bahkan pada akhir tahun empatpuluhan ikhwanul Muslimin telah menjadi kekuatan organisasi sosial-politik yang terstruktur di Mesir, juga telah memiliki cabang yang banyak yang tersebar di berbagai negara-negara Arab dan Islam.

Imam Al-Banna selalu menegaskna bahwa jamaah yang diririkannya bukan merupakan partai politik, tetapi merupakan kesatuan ide dari berbagai nilai-nilai perbaikan, dan berusaha untuk kembali kepada Islam yang benar dan bersih dan menjadikannya sebagai manhaj yang komprehensif untuk kehidupan.

Adapun manhaj perbaikan yang beliau lakukan adalah dengan cara “Tarbiyah” dan “progresif ” dalam melakukan perubahan yang diinginkan, dan inti dari manhaj yang diinginkan itu adalah membentuk “individu Muslim” lalu “Keluarga Islam”, “komunitas Muslim”, lalu “Pemerintahan Islam”, “Negara, dan khilafah Islam dan akhirnya mencapai pada “ustadziyatul alam” .

Imam Al-Banna memimpin jamaah Ikhwanul Muslimin selama dua periode [1928-1949], dan dalam kepemimpinannya banyak berhadapan dengan peperangan politik dengan pihak lain, khususnya partai Al-Wafd dan partai Al-Saadi. Adapun sebagian besar aktivitas dari Al-Ikhwan terfokus pada permasalahan di lapangan nasional Mesir yang terpuruk setelah pecah Perang Dunia II, dan pada saat itu beliau mengajak Mesir untuk keluar dari sterling blok sehingga dapat memberi tekanan pada Inggris untuk menanggapi permintaan nasional Mesir. Dalam konteks ini, Ikhwanul Muslimin mengadakan konferensi-konferensi, dan melakukan demonstrasi untuk menuntut hak-hak negara, juga memiliki serangkaian politik assassinations terhadap tentara dan pasukan Inggris, terutama di Terusan Suez.

Dan Al-Banna juga mengutamakan perhatiannya secara khusus terhadap isu Palestina, dan menganggapnya sebagai “Persoalan seluruh dunia Islam” dan beliau selalu menegaskan bahwa “Inggris dan orang-orang Yahudi tidak akan memahami kecuali hanya satu bahasa, yaitu bahasa revolusi, kekuatan dan darah”, beliau mengakui fakta adanya aliansi Barat Zionis terhadap Islam. Beliau juga mengajak untuk melakukan penolakan terhadap konsensus pemisahan dan pembagian negeri Palestina yang dikeluarkan oleh PBB tahun 1947, dan mengajak kepada seluruh umat Islam secara umum - dan Ikhwanul Muslimin secara khusus - untuk melakukan jihad di tanah Palestina demi mempertahankan tanah Arab dan Muslim, beliau berkata: “Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin akan mengorbankan jiwa dan harta mereka untuk mempertahankan setiap jengkal dari bumi Palestina Islam dan Arab sehingga Allah mewarisi bumi ini dan orang-orang yang bersamanya “. Dan akhirnya pada tanggal 6 Mei 1948 Lembaga Pendiri Ikhwanul Muslimin mengeluarkan keputusan yang menegaskan jihad suci melawan Yahudi sang agresor, untuk itu Al-Banna mengirim brigade Mujahidin dari Ikhwanul Muslimin ke Palestina dalam perang tahun 1948. Hal inilah yang menyebabkan pemerintah Mesir melikuidasi jamaah Ikhwanul Muslimin pada bulan Desember tahun 1948; sehingga, menyebabkan terjadinya bentrokan antara Ikhwanul Muslimin dan Pemerintah An-Nakrasyi.

Al-Banna memiliki pendapat yang tepat dan wawasan yang luas terhadap qadhiyah an-nahdhah (masalah kebangkitan) yang mampu membuat sibuk umat Islam sejak dua abad sebelumnya dan hingga sekarang masih didengungkan. Beliau menghubungkannya dengan masalah kemerdekaan dari kolonialisme dan ketergantungan pada Eropa dari satu sisi, dan terhadap kemajuan ilmu pengetahuan yang harus dicapai oleh umat Muslim pada sisi yang lain, dan beliau mengatakan: “Kita tidak akan mampu melakukan perbaikan dan kita tidak bisa menerapkan konsep perbaikan secara internal selama kita belum merdeka dari intervensi dan campur tangan asing” Beliau juga mengatakan: “Tidak ada kebangkitan tanpa ilmu pengetahuan dan apa yang diraih oleh orang kafir -dalam menjajah- adalah karena dengan ilmu “, beliau melihat bahwa ketergantungan umat Islam pada Eropa terhadap tradisi dan kebiasaan-kebiasaannya dapat menghalangi kemerdekaan dan kebangkitan mereka, beliau berkata: “Bukankah sebuah paradoks yang aneh, kita meninggikan suara menuntut untuk merdeka dari Eropa dan melakukan protes keras terhadap segala tindak tanduknya, sementara di pihak lain kita meng agungkan tradisi-tradisinya dan terbiasa dengan adat-adatnya, dan bahkan kita lebih memilih produk-produknya?

Sebagaimana beliau juga melihat bahwa persoalan perempuan merupakan salah satu permasalahan sosial paling penting; karena itu, karena itu -sejak awal didirikannya Ikhwanul Muslimin- beliau banyak memberikan perhatian terhadap permasalahan kaum perempuan, beliau membuat bagian khusus yang disebut dengan “Akhwat Muslimat”. Dan beliau selalu menekankan bahwa Islam telah memberikan kepada perempuan hak-hak pribadi, sipil dan politik, dan pada saat yang bersamaan, Islam juga meletakkan kaidah-kaidah yang harus dipertimbangkan dan diperhatikan dalam penerapan hak-hak tersebut

Namun Imam Al-Banna tidak hanya menyeru untuk mendirikan sebuah sistem pemerintahan keagamaan teokratis dengan pengertian yang dikenal oleh Eropa pada abad pertengahan, namun beliau menyeru untuk menerapkan hukum Islam berdasarkan aturan dari syura, kebebasan, keadilan dan kesetaraan.

Dan beliau menerima dengan lapang bentuk konstitusional undang-undang parlemen, dan menganggap lebih dekat sistem pemerintahan di seluruh dunia terhadap Islam, dan beliau melihat bahwa jika formula tersebut diterapkan, maka dipastikan akan mampu mewujudkan tiga prinsip yang melandasi aturan Islam; yaitu “tanggungjawab pemimpin, kesatuan umat dan penghargaan terhadap kehendaknya”.

Terbunuhnya Sang Imam

lokasi: Kairo, di distrik Al-Himliyah. Waktu: Pertengahan malam tanggal 12 Februari 1949. Kronologi: terdapat beberapa kendaraan polisi melaju di tengah keheningan malam, hingga mencapai pada salah satu jalan di distrik Al-Hilmiyah, Kairo, mereka bertugas menghentikan kendaraan yang melaju di jalan tersebut, beberapa tentara memblokade jalan dengan senjata lengkap,dan penjagaan diperketat terutama di sebuah rumah sederhana di yang ada di jalan tersebut, lalu sebuah mobil polisi melaju menuju rumah tersebut, satu barisan tentara memindahkan mayat dari mobil ke rumah tersebut dengan cepat, lalu mengetuk pintu yang ada di atasnya, seorang Syeikh berumur sembilan puluhan tahun membuka, lalu beberapa tentara masuk ke rumah tersebut sebelum mereka memasukkan tubuh yang sudah mati tersebut untuk mengkonfirmasi tidak ada orang lain di rumah tersebut, ultimatum yang keras disampaikan kepda syekh tersebut; tidak boleh ada suara, tidak boleh ada kegaduhan, dan bahkan tidak boleh ada seorangpun yang boleh mengurus mayat tersebut, cukup anda dan keluarta yang ada di rumah, dan tepat jam sembilan esok pagi beliau harus dimakamkan.

Adapun Syeikh tersebut adalah orang tua almarhum, meskipun ia terketut, sekalipun ia sudah tua, dirinya mampu memakamkan anaknya sendirian, beliau membersihkan darah anaknya yang terkena peluru dan mendarat di sekujur tubuhnya.

Pada pagi harinya, petugas datang tepat waktu, mereka berkata: bawa sini anakmu untuk segera dikubur. Maka syeikh yang sudah berumur 90 tahun tersebut berseloroh: bagaimana saya membawanya? Seharusnya sebagian prajurit ikut membawanya! Namun para prajurit menolak, dan responnya adalah hendaknya orang-orang rumah yang membawanya. Saat itu almarhum meninggalkan beberapa anak perempuan dan seorang anak laki-laki yang masih bayi.

Akhirnya tubuh yang sudah menjadi mayat dibawa oleh istrinya dan anak perempuannya dan dibantu oleh ayahnya, dan bagi siapa yang berani ikut membantunya maka akan ditangkap dan di penjara, akhirnya jenazah sampai ke masjid untuk di shalatkan, tidak ada yang ikut menyolatkannya kecuali ayahnya dan dibelakangnya anaknya (istri sang imam) dan anak-anak perempuan dari keturunannya, dan mereka juga yang turun ke kubur, lalu kembali ke rumah dengan penjagaan yang super ketat, demikian kronologi pembunuhan dan prosesi pemakaman As-Syahid Imam “Hassan al-Banna”, setelah itu banyak tetangganya yang ditangkap, tidak ada alasan lain kecuali hanya karena mengungkapkan takziah (belasungkawa) kepada keluarga yang ditinggal, dan blokade terus berlanjut tidak hanya di rumah karena khawatir banyak yang berdatangan untuk takziya, namun juga di sekitar kuburan sang imam, karena takut ada yang berani mengeluarkan mayatnya dan mengekspos kejahatan yang telah terjadi, bahkan banyak dari pihak kepolisian disebar di beberapa masjid; untuk segera ditutup kembali setelah ibadah shalat ditunaikan, karena takut ada seseorang yang berani menshalatkannya.

Di sisi lain seorang raja negara tersebut menunda dalam merayakan ulang tahun ke 11 Februari dari 12 Februari; untuk ikut merayakan bersama orang merayakan kematian sang imam, dan salah seorang intelektual menceritakan bahwa dirinya menyaksikan salah satu perayaan di sebuah hotel di Amerika Serikat, dan ketika diceritakan alasan perayaan ini, ia dapat mengetahui bahwa perayaan tersebut dilakukan untuk mengungkapkan kegembiraan karena kematian Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Jika kebenaran ada pada musuh, maka sesungguhnya pusat penelitian di Prancis dan Amerika ikut berpartisipasi dalam peletakan seratus orang yang paling terpengaruh di dunia pada abad kedua puluh, dua dari dunia Arab adalah: Imam As-Syahid “Hassan al-Banna”, dan yang lainnya adalah Gamal Abdul Nasser.

Buku-buku karangan imam Hasan Al-Banna

Tidak ada yang dimiliki oleh Hassan al-Banna dari literatur buku atau karangan-karangannya kecuali berupa risalah, baik kumpulan dan cetakan dengan judul buku “Majmuah Rasail imam Hasan Al-Banna” sebagai referensi utama dalam memahami pemikiran dan manhaj Ikhwanul Muslimin secara umum. Beliau juga memiliki buku mudzakarah yang dicetak beberapa kali dengan judul “Mudzakirah da’wah wa da’iyah”, selain itu beliau juga memiliki majalah dan riset-riset kecil dalam jumlah yang besar, seluruhnya tersebar dalam koran-koran dan majalah Ikhwanul Muslimin yang dimuat pada tahun tiga puluh dan empatpuluhan tahun yang lalu.

Rahimahullah Imam As-Syahid Hasan Al-Banna

Sumber: www.al-ikhwan.net

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]