Pages

Wednesday, December 31, 2008

Palestin dan Kita

Hamas di Palestin dan Ikhwah di sana baru sahaja mengisytiharkan intifadhah buat kali ketiganya. Dan hal ini bertitik tolak dari tindakan kejam pihak zionis Israel yang melakukan pembunuhan secara besar-besaran ke atas rakyat Palestin. Sehingga kini, angka kematian sudah mencecah lebih dari 360 orang dan termasuk di dalam perangkaan tersebut, ikhwah-ikhwah dari briged al-Qassam (sayap ketenteraan Palestin).

Kekejaman yang berlaku dan musibah yang menimpa umat Islam secara amnya dan rakyat Palestin khususnya, telah menyebabkan ramai pihak dari seluruh dunia bangkit dan menyuarakan pandangan dan bantahan mereka terhadap kekejaman pihak zionis. Bukan sahaja dari kalangan orang-orang yang beragama Islam, tetapi juga termasuk dari kalangan bukan Islam. Kerana ini adalah satu perkara asas di dalam fitrah manusia untuk menentang apa jua kezaliman yang terang dan jelas lagi nyata.

Banyak pihak yang membuat demonstrasi dan mengutuk tindakan kejam ini. Memang banyak. Dan ramai juga yang membuat keputusan untuk menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk yang mereka mampu. Misalnya, pihak MERCY Malaysia, Aqsa Syarif, PACE dan lain-lain. Ada yang menyamapaikan berita yang terkini, ada yang ingin memberi bantuan perubatan dan ada yang membuat roadshow tentang isu ini.

Tetapi, persoalannya...
Adakah kita selama-lamanya boleh biarkan isu ini menjadi berterusan?
Adakah cukup sekadar orang ramai sedar tentang isu ini tetapi tidak bertindak?
Apa sebenarnya yang kita mahu?
Apa peranan yang kita boleh mainkan?

Kita tidak boleh lagi membiarkan isu ini berterusan, pada masa-masa yang akan datang. Kesemua ini terjadi kerana kita (ummah ini), ditimpa penyakit kelemahan. Ramai dari kalangan ahlinya yang cintakan dunia dan bencikan kematian. Kita harus menyedarkan masyarakat kita, di mana sahaja kita berada agar mereka celik tentang hakikat sebenar mengapa hal-hal seperti di Palestin menimpa. Tanpa kesedaran tentang betepa pentingnya kita berpegang kepada Deen yang mulia ini, kita pasti selama-lamanya akan ditindas oleh pihak musuh.

Orang yang tidak sedar umpama orang yang tidur di dalam rumah yang terbakar. Jika penyelamat yang faham datang kepadanya dan mengajak untuk menyelematkan diri, sudah tentu kata-kata tersebut akan jatuh pada telinga yang tidak mendengar. Jadi perkara pertama yang harus dilakukan ialah mengejutkan orang yang tidur tersebut agar dia sedar keadaan kelilingnya yang sedang terbakar dijilat api.

Kemudian setelah itu, kita merasakan adalah tidak cukup sekadar menyedarkan masyarakat kita tetapi kita harus berusaha agar mereka memahami pokok kepada isu yang timbul. Tanpa kefahaman yang sebenar tentang isu yang melanda, ramai yang mungkin berubah dari keadaan ingin membantu kepada tidak mahu membantu, lantaran terpedaya dengan tipu daya dan propaganda media dan pihak barat. Kefahaman ini jugalah yang akan membuatkan seseorang itu terus menerus mempunyai perasaan dan kesedaran untuk membantu di dalam isu Palestin ini.

Lalu setelah itu, kita mengimani bahawa kefahaman tanpa amal adalah sesuatu yang sia-sia. Hadith Baginda: "Bukanlah iman itu dengan berangan-angan, bukan juga dengan perhiasan tetapi ia adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan 'amal". Jadi mereka yang faham ini, di ajak untuk bekerja bersama-sama dengan wadah-wadah yang menolong di dalam isu Palestin. Tetapi, tahap kefahaman tentang isu tidak menjadi penghalang untuk mereka yang ingin membantu di dalam isu ini. Sesiapa yang mahu membantu, maka bantulah. Bantulah mengikut kekuatan dan kemampuanmu.

Kita ingin menyebarkan seluas mungkin kefahaman tetang isu Palestin ini, bahkan isu deen Islam itu sendiri. Tetapi orang yang ada tidak begitu ramai. Maka kita hendaklah berusaha membentuk mereka yang lain supaya faham sama dengan kita dalam isu ini, agar mereka juga dapat bekerja dengan kerja yang sama dengan kita. Kita juga pada akhirnya bukan sekadar ingin agar semua masyarakat Islam sedar tentang ummah mereka yang sedang tenat, tetapi kita ingin agar kita menjadi al-Ustaziyatul 'Alam (world order) kepada seluruh penduduk dunia.

Agar kebatilan terhapus dan kebenaran menyinar. Dan agar tidak ada lagi yang dapat menindas golongan yang lemah.
"Dan katakanlah: Telah datang kebenaran, dan telah hancur kebatilan. Sesungguhnya kebatilan (secara fitrahnya) pasti akan hancur"
(al-Isra', 17:81)
--
Artikel-artikel berkaitan:
  1. Perhimpunan Palestin Rakyat JB, 31 Disember 2008.
  2. Masa Depan Islam, 30 November 2008.
  3. Harapan Yang Tinggi, 30 Oktober 2008.
--
Pihak yang membantu di dalam isu Palestin (yang saya tahu):
  1. Aqsa Syarif (AQSA)
  2. PACE (JIM International)
  3. Mercy Malaysia

5 comments:

Norbaizura Yaso said...

malangnya ada sesetengah pihak hanya banyak mengutuk tindakan zionis tersebut dengan sesungguh hati, tapi diri sendiri tidak menghayati kesatuan sebagai muslim.Apatah lagi mengambil tindakan sewajarnya. Adakah ini tanggungjawab orang yang memahami untuk menerangkan atau biarkan sahaja mereka dengan dunia mereka dan yang telah memahami sahaja yang bertindak..

Mashizaki Keikan said...

ha... tak paham...

Anonymous said...

maksud nye cakap x serupe bikin...

sesungguhnya kata2 akan diuji

>..<

Mashizaki Keikan said...

Owh, macam gitu rupanya... Depa bukan tanggungjawab kita, walaupun Allah ada memberikan amaran yang keras di dalam surah as-Saff. Kita bertanggungjawab menyampaikan mesej Islam ini dan isu yang bersangkut paut dengan ummah ini, dan kita dituntut untuk bekerja.

Some people asyik dok sibuk dengan perkara-perkara yang di luar lingkungan pengaruhnya, sedang yang di dalam itu dia membiarkan sahaja.

Anonymous said...

hm,,betul...kite tolong mane yg mampu...yg sepatutnye tolong..xnak tolong..padahal diorg ade kuase utk tolong..aduss

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]