Pages

Friday, December 19, 2008

Kebaikan, Kehebatan, Manusia dan Logam.

Mengembara dan merantau ke negeri orang sememangnya satu perkara yang bagus. Kita melihat dunia orang dan belajar dengan pemerhatian yang tajam lagi teliti. Sedikit sebanyak, kita akan rasa betapa bersyukurnya kita dengan apa yang Allah berikan kepada kita berupa "Hidayah" dan "Taufiq"Nya kepada kita dalam bentuk kefahaman dan kecintaan kepada deen ini. Walaupun tidak dinafikan kadang-kadang kita melalui fasa-fasa kelemahan iman dan kemerosotannya.

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Rasul yang mulia:
"Barangsiapa yang Allah menghendaki baginya kebaikan, Dia memahamkannya dengan deen"
(Mutafaqqun 'Alayh)


Kuala Lumpur sememangnya suatu negeri yang asing bagi saya. Ada seorang sahabat yang dikasihi pernah meminta saya pergi ke satu tempat di sana, dan apa yang saya mampu jawab hanyalah; "Saya KL blind, tempat tu pun tak tau". Bagaimana tidaknya, pergi sana pun sekali-sekala. Itupun jika ada program-program seperti anjuran KARISMA atau JIM dan lain-lain yang berhubung dengan itu. Dan masa-masa itu pula, hanya berlegar di sekitar kawasan program sahaja. Apa nak jadi?

Saya memerhatikan di negeri orang tersebut, bahawa selain dari kita (para du'at), terdapat bermacam-macam jenis orang. Masing-masing dengan fesyen dan gayanya yang tersendiri. Masing-masing ingin menonjolkan apa yang diyakini di dalam hati. Di dalam banyak-banyak kelompok ini, saya melihat ada satu kumpulan manusia yang gigih mempromote kepada manusia tentang suatu produk yang mereka tawarkan. Tanpa segan dan silu, mereka pergi terjah ke tengah masyarakat dengan harapan ada dari kalangan pengguna yang akan tertarik dan seterusnya membeli produk mereka.

Saya kembali meneliti, dan memikirkan. Andaikata kita ada seratus du'at yang buat kerja ini, siang dan malam, berterusan mengajak manusia kepada produk yang teragung (deen), nescaya dengan berkat kegigihan usaha barangkali mungkin ramai yang akan menyahut seruan da'wah. Atau andaikata, mereka yang memiliki sifat tidak-segan-silu ini faham tentang Islam, lalu mereka menggunakan kehebatan mereka tersebut untuk menaikkan syi'ar Allah dan mengajak orang kepada Islam, bukankah itu yang lebih baik? Sesungguhnya ar-Rasul dalam konteks ini pernah bersabda:
"Manusia itu umpama logam. Sebaik-baik mereka ketika Jahiliyyah adalah sebaik-baik mereka ketika Islam, jika mereka faham (tentang deen)"
(Bukhari)


Tetapi masalahnya, kehebatan itu pasti menjadi sia-sia andaikata salah satu daripada kedua-dua rukun di bawah tidak wujud:
  1. Tahu penggunaannya.
  2. Betul penggunaannya.
Cuba bayangkan orang yang tahu menggunakan kereta (ada lesen), tetapi dia melenjan kereta tersebut habis-habisan. Dalam keadaan yang tidak banyak peraturan lalu lintas yang dipatuhinya. Itupun kadangkala sahaja menjadi seorang yang pemandu yang berhemah, bila orang tersayang ada di sebelah. Sudah tentu ia akan merosakkan kereta tersebut dan juga pada masa yang sama ia akan membahayakan orang lain. Tetapi kalau dia betul penggunaannya; kehebatan membawa kereta digunakan untuk membawa orang-orang berpotensi pergi program Islamik dan pada masa yang sama dia mematuhi segala peraturan jalan raya (atau sekurang-kurangya mengikut maqasid peraturan tersebut) maka itu adalah lebih baik.

"Tapi... tapi... Kalau dia betul penggunaannya and tak tahu penggunaannya macamana pulak?"

Er, boleh ke tak tahu tapi penggunaannya betul?

Sebagai satu ringkasan:
  1. Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan untuknya nescaya Dia pasti akan memberi kefahaman tentang deen ini kepadanya. Dan kefahaman adalah satu pemberian yang mulia, yang membawa sinar cahaya di ufuk hati dan kemanisan di dalamnya.
  2. Manusia sememangnya ibarat logam. Mereka yang mempunyai potensi yang hebat akan tetap mempunyai essence tersebut. Apa yang membezakan di antara mereka ialah jalan yang mereka ambil untuk menggunakan potensi tersebut. Jika ia untuk Islam maka beruntunglah, jika untuk Jahiliyyah maka rugilah. Seseorang itu hanya akan menyumbang di dalam Islam apabila dia faham tentang deen, bukan sekadar tahu.
Tetapi pada akhirnya, akan timbul beberapa persoalan yang berkaitan dengan hal ini: Apa yang dimaksudkan dengan faham? Bagaimana kita nak faham? Macamana kita nak faham? Di mana kefahaman itu lahir? Kesemua ini akan dijawab dalam siri-siri yang berikutnya.

--
Artikel-artikel berkaitan:
  1. Kita I, 11 Disember 2008.
  2. Harapan Yang Tinggi, 30 Oktober 2008.

4 comments:

Anonymous said...

topik ni dalam buku manhaj hidup muslim, right??

Mashizaki Keikan said...

Ada ke topik ni? Ntah, nama dia munkgin lain kot. Bahagian mana ye if you could remind me? Dah lupa.

Anonymous said...

ist chapater i think...did u remmber when we discussed abt this book, we only managed to cover the 1st chapter only during the last sem hols??

Mashizaki Keikan said...

yeah, ok. Hmm, that topic discusses and emphasises the importance of knowledge to Muslims. And how before that they must be aware of the ummah's current situation.

Yang ini pulak, lebih kepada membincangkan tentang apa yang dibancangkan di atas (dalam artikel).

Tapi kedua-duanya mempunyai hunbungan dan saling berkait.

You know what, I think we need to discuss sampai habis the book "Manhaj Hidup Muslim" tu.

Twitter Updates

    follow me on Twitter
    "Jalan dakwah hanya satu. Jalan inilah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda. Demikian juga kita dan para pendokong dakwah, sama-sama melaluinya berpandukan taufik dari Allah s.w.t. Kita dan mereka melaluinya berbekalkan iman, amal, mahabbah (kasih sayang) dan ukhuwwah (persaudaraan). Rasulullah s.a.w. menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatupadukan hati-hati mereka di atas dasar mahabbah dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman, kekuatan akidah dan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah yang ideal sebagai model. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya pasti menang walaupun ditentang oleh seluruh penghuni muka bumi ini." [Syeikh Mustafa Masyhur]